Derita Hanya Sementara by Evaine Nur ( Author )
BLURB: Diberi peluang untuk menunaikan umrah, Masytah bersungguh-sungguh melakukan ibadah di Masjidilharam demi mencari damai di sana, kerana kusutnya kehidupan yang sering diomok-omokkan sebagai pembawa sial sedari kecil. Perkara itu membuatkan dirinya sentiasa dipinggirkan dan kekurangan kasih sayang daripada keluarga. Bertemu dengan Haq Riyaz semasa di tanah suci yang tiba-tiba meluahkan hasrat hati benar-benar mengejutkan Masytah. “Sebenarnya saya berdoa untuk ditemukan jodoh.” - Haq Riyaz “Tapi awak, saya tak berdoa untuk ditemukan jodoh. Mungkin awak salah orang. Mungkin jodoh awak orang sebelah saya kut? Tak pun orang belakang saya? Atau mungkin kebetulan saja awak terpandang saya?” - Masytah Adawiyah Lamaran lelaki asing itu ditolak dan dia hanya mampu mengukir janji. Namun, walau disangkal dengan hati, tanpa disedari hati telah diisi dengan lelaki itu. Tanpa pengetahuannya, keluarga di kampung menerima pinangan daripada Haris. Dia terikat antara janji dengan maruah keluarga. Ikatan pertunangan walaupun tanpa cinta tetap diberikan kesetiaan. Tapi rupanya dicurangi. Hati yang kecewa diubati dengan pertemuan tanpa diduga. “Assalamualaikum. Saya nak menuntut janji.” - Haq Riyaz “Waalaikumussalam. Saya ingat doktor tak kenal saya.” - Masytah Adawiyah Jalan mencari bahagia sedikit sukar. Dapatkah mereka mengatasi halangan demi halangan untuk mencapai harapan? Adakah harapan mereka seiring dengan takdir? “I will always choose you over everyone.” - Haq Riyaz Inilah kebahagiaan yang selama ini diidamkan. Namun, benarkah derita hanya sementara? Kerana tiada siapa tahu apa di hadapan bilamana itu rahsia Allah…
Love Novel Publishing
2024-06-15
978-629-7553-29-0
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
488
19 x 12 x 4 CM
8
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.