Kerana Aku Memilihmu by Wardina Aishah ( Author )
BLURB: Hubungan Johan dan Ayana bergolak saat orang ketiga hadir dalam rumah tangga mereka. Ayana tidak rela hidup bermadu. Namun Johan, tetap dengan pendiriannya untuk berpoligami. “Fakta mengatakan bahawa orang lelaki mula gatal bila umur dah masuk 40 tahun.” – Zayn. “Tapi Johan belum 40 tahun dah gatal nak kahwin lagi!” – Ayana. Hanya Zayn teman yang dia ada. Pada Zayn dia mengadu cerita, sehingga menimbulkan rasa cemburu di hati Johan. “Abang tak nak sayang jumpa Zayn lagi!” – Johan. “Kalau pun Aya keluar dengan Zayn, kami jumpa sebagai kawan. Tak lebih daripada itu. Bukan macam abang dengan Marsha. Sibuk berkasih sayang!” – Ayana. Marsha kian mendesak, mahu Johan segera menikahinya. Dia rela menjadi isteri kedua. Asalkan dapat sehidup semati bersama lelaki yang dicintai. “I nak beritahu you yang I dengan Johan dah pilih tarikh sesuai untuk majlis pernikahan kami tak lama lagi. So, I hope you takkan ganggu majlis tu nanti. I tak suka pengacau datang rosakkan majlis I.” – Marsha “Excuse me? I pengacau? Ke… you yang kacau husband I? Jangan lupa Cik Marsha, kalau you tak datang ganggu rumah tangga kami, semua ni takkan terjadi. And now… you tuduh I pengacau? Gila apa?” – Ayana “Yes, right. I’m crazy. I gilakan Johan… dan minta kebenaran you untuk izinkan Johan berkahwin dengan I. I sedia jadi madu you.” – Marsha “You nak minta izin I? Kalau I tak izinkan… macam mana?” – Ayana Johan tertekan. Isteri atau kekasih? Dia sayang kedua-duanya. Mungkin orang kata dia tamak. Tapi apabila hati sudah cinta, memang boleh gila dibuatnya. “Lepaskan Aya atau tinggalkan dia!” – Ayana. Dan saat Ayana mula memilih, dia mahu Johan juga membuat pilihan. Siapakah pilihan Johan? Dan saat Johan telah yakin dengan pilihannya, apakah pula dugaan yang bakal mendatang?
Love Novel Publishing Sdn Bhd
2019-04-30
978-967-2185-93-2
Romance
eBook
epub
File Size 1,787.21 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.