Aplikasi dan Penyelesaian Islam: Isu Kontemporari Pandemik Covid-19 (UUM PRESS) by Mohamad Khadafi Hj Rofie ( Editor )
, Norazita Marina Abdul Aziz ( Editor )
, Syahrina Abdullah ( Author )
COVID-19 yang melanda dunia dan Malaysia khususnya mempengaruhi dan mendatangkan pelbagai isu dan permasalahan dalam penghidupan manusia sejagat. Secara tidak langsung, wabak ini terkait dengan cara dan sistem kehidupan umat Islam di Malaysia yang meliputi sektor sosial, ekonomi dan persekitaran serta prosedur peribadatan. Buku ini mewacanakan isu dan permasalahan serta penyelesaian menurut perspektif Islam. Buku ini turut membincangkan beberapa topik penting terdiri dari aspek ibadah, sosial, kesihatan dan sebagainya. Pada masa krisis COVID-19 melanda, berlaku perubahan yang ketara daripada aspek pengurusan dan pelaksanaan ibadah yang meliputi akidah, ibadah khusus, ekonomi, keusahawanan, sosial, pendidikan dan kesihatan dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang demikian, buku ini sesuai dimiliki sebagai bahan rujukan dan panduan dalam menyelesaikan isu yang berkaitan wabak dari perspektif Islam. Isu, permasalahan dan penyelesian yang dibincangkan oleh para sarjana mengikut kepakaran bidang tujahan masing-masing. Wacana berkaitan isu, permasalahan serta aplikasi dan penyelesaian secara Islam ini perlu menjadi perhatian pembaca melalui pembentukan kerangka konseptual Islam yang pragmatik.
UUM Press
2022-01-01
9789670031194
Religion & Spirituality
Hardcopy
1 KG
234
30 x 2 x 30 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.