Muhammad Asad Pluralisme Agama Dalam Tafsiran Islam by Nurhayati Abdullah ( Author )
, Kamarudin Salleh ( Author )
, Mohd Haidhar Kamarzaman ( Author )
“al-Islām” dalam al-Quran ditafsirkan oleh para ulama sebagai satu nama khas bagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Majoriti umat Islam memahaminya sebagai nama bagi agama yang khusus kepada agama Islam. Namun, terdapat versi lain terhadap tafsiran perkataan Islam yang dipromosikan oleh golongan liberal pluralis, iaitu penyerahan diri kepada Tuhan secara umum. Buku bertajuk Muhammad Asad: Pluralisme Agama dalam Tafsiran Islam ini adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa tafsiran perkataan Islam perspektif Muhammad Asad dalam “The Message of The Quran” memberi ruang kepada golongan liberalis dan pluralis menjustifikasi fahaman pluralisme agama. Menurut Asad, perkataan Islam dan semua perkataan yang berasal daripada kata dasar “aslama” sepatutnya diterjemahkan sebagai penyerahan diri kepada tuhan secara umum. Kesannya ke atas konteks nas yang dikaji, Islam tidak lagi menjadi satu-satunya agama yang benar. Buku ini berusaha untuk merungkai isu pluralisme agama dalam tafsiran makna Islam menurut Muhammad Asad dengan membincangkan “al-Islām” dalam nas al-Quran serta nas-nas yang mempunyai kesan semantik daripada perubahan tafsiran perkataan tersebut. Hasilnya, terdapat unsur pluralisme agama dalam tafsiran perkataan Islam perspektif Muhammad Asad dan mempunyai kesan semantik ke atas konsep-konsep penting dalam Islam yang memberi implikasi besar ke atas pegangan akidah muslim seperti konsep “agama anīf”, “Muslim”, “Mukmin”, “Kafir” dan “keselamatan akhirat”.
Penerbit UKM
2023-06-06
978-967-251-981-2
Islamic and Al-Quran
eBook
epub
File Size 1,657.57 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.