BURUH BINAAN DI MALAYSIA by Umi Kalsum Zolkafli@Zulkifly Norhanim Zakaria , Azlan Shah Ali ( Author )
Prestasi buruh binaan serta hubungan dengan kualiti sesebuah projek yang dihasilkan adalah penting bagi mencapai kualiti bangunan tanpa kecacatan dengan kos keseluruhan pembinaan yang berpatutan serta dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Umumnya terdapat tiga kategori buruh dalam industri pembinaan iaitu, buruh am, separa mahir dan mahir. Buku ini secara umumnya memberi makluman berkenaan jenis buruh yang terdapat dalam industri pembinaan serta isu dan cabaran berkenaan pengurusan buruh di negara ini. Antara isu yang kritikal adalah mengenai bekalan tenaga buruh tempatan yang sangat kurang serta kebanjiran buruh asing bagi mengisi kekosongan ini, yang jika tidak diurus dan dipantau dengan bijaksana, mungkin akan mewujudkan masalah sampingan lain seperti masalah sosial serta ekonomi. Pengiraan produktiviti buruh diperkenalkan dengan menggunakan Model Ekonomi, Projek Khusus dan yang berorientasikan aktiviti. Faktor yang mempengaruhi produktif buruh juga dibincangkan dengan terperinci. Pendekatan buku ini berdasarkan maklumat penyelidikan teori dan praktikal. Ia diharap dapat memberi maklumat serta kesedaran kepada pembaca, terutamanya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan buruh binaan di Malaysia.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2019-09-19
9789674881030
Architecture
Buildings / General
Hardcopy
1 KG
100
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.