SENSOR BABI : Pengesanan Pencemaran dalam Makanan by Nurul Huda Abd Karim ( Author )
, Norhidayah Selamat ( Author )
, Nurul Izzaty Hassan ( Author )
Tahukah anda makanan begitu mudah dicemari dengan DNA babi? Bolehkah kita tahu makanan kita dicemari DNA babi dengan mudah? Apakah teknologi terkini yang dapat mengesan kehadiran DNA babi dalam makanan pada masakini? Jika persoalan-persoalan ini berada di minda anda, anda harus memiliki buku ini. Buku ini mengupas potensi sensor kimia optik terkini yang mudah bagi pengesanan DNA babi dalam makanan. Pengadukan daging khinzir dalam makanan yang diproses untuk menggantikan daging lembu, ayam dan kambing telah menjadi prosedur yang biasa di kebanyakan negara. Oleh itu, kaedah pengesanan yang khusus dan peka perlu dibangunkan untuk mengenalpasti bahan tersembunyi terutamanya daging khinzir di dalam makanan diproses. Walaupun terdapat banyak kaedah konvensional pengesanan DNA khinzir yang dihasilkan kini, namun kebanyakannya melibatkan kaedah penyediaan yang rumit. Buku ini membincangkan alternatif baru yang lebih mudah iaitu dengan menggunakan kompleks logam platinum sebagai bahan sensor DNA khinzir berpendarflour yang pantas dan boleh dilihat. Penyelidikan ini memfokuskan kepada sintesis dua kompleks logam, kompleks platinum(II) salfen dan kompleks platinum(II) bipiridina yang dicirikan dengan menggunakan teknik analisis spektroskopi dan analisis takat lebur. Kajian titratan DNA UL-BN kemudian dilakukan bagi menilai interaksi sebatian terhadap DNA. Berdasarkan kekuatan pengikatan kompleks ini, kajian interaksi kompleks terhadap DNA khinzir kemudiannya dilakukan seterusnya menilai keupayaannya sebagai interkalator optik dalam pengesanan DNA khinzir. Sensor optik DNA khinzir ini dibangunkan dengan menggunakan mikrosfera poli-butil akrilat-N-akriloksuksinimida (nBA-NAS) sebagai matriks pemegunan prob DNA. Dalam keadaan optimum, kompleks platinum(II) salfen ini memberikan nilai had pengesanan DNA khinzir yang sangat rendah dengan julat pengesanan yang besar. Berdasarkan keselektifan bahan sensor terhadap DNA khinzir berbanding DNA lembu dan ayam, kompleks platinum(II) salfen didapati mampu menjadi penunjuk optik yang baik dalam kajian ini untuk pengesanan penghibridan DNA khinzir. Penemuan ini sangat berguna dalam industri halal.
Penerbit UKM
2022-11-08
978-967-251-565-4
Science & Math
epub
File Size 2,413.36 KB
Bahasa Melayu
RM 17.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search