Dia Cikgu Tadika by Izma Qahiera ( Author )
Synopsis Mula-mula dia melangkah masuk, Bariah dah berkerut dahi memandang lelaki berbadan ala-ala model majalah Playboy itu. Muka kacak. Badan boleh tahan. Bergaya pula tu. Bibir Bariah automatik mengukir senyum sinis. Mana taknya… Dia cikgu tadika! Bariah dah ketawa geli hati. Tambah pula disuruh panggil Cikgu Mimi. “Oi, cik kak! Saya tahu apa yang awak fikir. Pelik sangat ke orang lelaki jadi cikgu tadika?” - Suhaimi “Eh, saya tak cakap apa-apa pun.”-Bariah “Memanglah tak cakap apa-apa. Tapi saya tahu awak tengah mengejek saya dalam hati.”- Suhaimi “Mana ada. Cuma...”- Bariah “Cuma apa?” - Suhaimi “Cuma saya rasa macam kurang sesuai. Tapi kalau jadi cikgu saya memang sesuai sangat. Cikgu hati dan perasaan.”-Bariah “Eee, gedik betul perempuan tu ya. Nanti kau. Aku adukan perangai kau kat akak aku.”- Suhaimi Ayat yang keluar dari bibir Bariah itu akhirnya menjadi nyata. Dia memang benar-benar menjadi cikgu di hati Bariah. Siapa suruh cakap? Masin mulut memang jadi. Pada Suhaimi, walaupun Bariah garang pada luaran, tapi gadis itu ada sekeping hati yang baik. Tingkah Bariah menjaga kanak-kanak itu telah menambat hatinya. Maklumlah dia asyik kena tengking dengan Bariah bila salah buat. Tapi akhirnya, tengkingan Bariah menjadi siulan buatnya. Teruja bila dia sudah jatuh hati pada Bariah. Tambah gembira bila dia rasa Bariah juga merasai apa yang dia rasa. Orang kata bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Tapi dia, dia sudah bertepuk dua tangan! Walaupun dia lelaki, dan dia tak sehebat Bariah sebagai pembantu cikgu tadika, tak bermakna dia tak mampu menjadi cikgu di hati Bariah. Ini Suhaimi aka Cikgu Mimi. Bariah, awak akan menyesal sebab jatuh cinta pada saya kerana bila saya kata saya sayang, saya akan sayang sampai mati. Ini ikrar cikgu tadika!
Penerbitan Anaasa Plt
2022-11-30
9789670870670
Romance Humor & Entertainment
pdf
File Size 1,202.73 KB
Bahasa Melayu
RM 18.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search