Pengurusan Enterprise Kecil dan Sederhana (UUM) by Norasmah Hj. Othman ( Editor )
Malaysia kini sedang berusaha mencapai sasaran sebagai sebuah negara maju. Untuk itu, pembangunan masyarakat dan ekonomi merupakan antara agenda utama. Galakan penceburan warga negara ke dalam bidang keusahawanan merupakan perkara yang diberi perhatian serius. Pelbagai usaha sama ada dalam bentuk bantuan kewangan mahupun program serta latihan dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat negara maju. Pelan Tindakan Keusahawanan 2016- 2020 diteruskan malah Dasar Keusahawanan Nasional 2030 telah dilancarkan. Kesemua ini dilakukan kerana ingin merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Sumbangan sektor perusahaan enterprise, kecil dan sederhana (EKS) terhadap ekonomi negara amat menyerlah. Setiap tahun sektor ini menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan kadar yang tinggi. Selain itu, sektor ini juga membantu meminimumkan masalah pengangguran negara dengan membuka peluang pekerjaan. Ini kerana sektor EKS adalah industri berintensifkan buruh dan bukan berintensifkan modal. Begitu juga dengan tabungan ekonomi negara, kerana kebanyakan modal perniagaan EKS adalah dari simpanan pemilik perniagaan. Sehubungan itu, perusahaan EKS dapat membantu penciptaan pelbagai jenis khidmat, antaranya seperti khidmat latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dalam bidang perniagaan dan penggunaan sumber bahan mentah negara. Oleh itu, buku ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar dalam bidang berkaitan pentadbiran perniagaan dan keusahawanan. Ia juga penting bagi melengkapkan warga negara sama ada yang tamat sekolah menengah mahupun graduan kolej, institut kemahiran, politeknik mahupun universiti dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan. Graduan yang mempelajari bidang pentadbiran perniagaan dan keusahawanan lebih berkeyakinan dan memiliki minat yang tinggi untuk menceburi perusahaan EKS setelah diberi pendedahan dari aspek pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Penekanan diberi kepada sektor EKS kerana ia mudah didaftarkan dan tidak memerlukan modal yang besar. Atas dasar tersebut, buku ini telah dizahirkan bagi tujuan membantu mengukuhkan pemahaman semua terhadap perkara-perkara asas berkaitan pengurusan EKS.
UUM Press
2021-04-11
U 9789672486596
Business & Money Education & Teaching
pdf
File Size 10,247.62 KB
Bahasa Melayu
RM 13.50
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search