Undang-Undang Pekerjaan dan Perhubungan Industri (UUM) by Harlida Abdul Wahab ( Author )
, Mumtaj Hassan ( Author )
Matlamat utama buku ini adalah untuk menyediakan para pelajar dan tenaga pengajar dengan sumber rujukan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran untuk kursus Undang-undang dan Perhubungan Perindustrian. Isi kandungannya adalah meliputi rangka kerja undang-undang perburuhan di Malaysia yakni undang-undang pekerjaan, hubungan majikan dan pekerja, isu dan permasalahan seperti prerogatif majikan, penamatan kerja dan siasatan dalaman. Perbincangan seterusnya adalah berkaitan dengan aspek perhubungan perindustrian yang meliputi hal ehwal kesatuan sekerja, Mahkamah Perusahaan, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta keselamatan sosial pekerja. Pendekatan penerangan dan perbincangan adalah berpandukan kepada peruntukan undangundang dan contoh-contoh kes mahkamah yang dihuraikan dengan ringkas dan mudah difahami. Isi kandungan serta penyampaian yang mantap, sesuai dan terkini, bukan sahaja dapat memenuhi aspek pembelajaran pelajar tetapi juga selari dengan perkembangan semasa. Walaupun bersifat akademik, buku ini boleh dijadikan sumber rujukan dan bahan bacaan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia dan organisasi, termasuk majikan dan sesiapa sahaja yang bergelar pekerja.
UUM Press
2023-05-07
9786297582016
Law Education & Teaching
pdf
File Size 2,368.48 KB
Bahasa Melayu
RM 13.50
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.