Pembangunan Sumber di Luar Bandar by Norhuda Salleh ( Editor )
, Kasim Mansur ( Author )
Komuniti luar bandar mempunyai kepelbagaian sumber yang boleh menambah baik dan menaik taraf kehidupan mereka. Antara bidang yang popular dan menjadi nadi ialah pertanian dan industri kraf tangan. Namun, sejak kebelakangan ini industri pelancongan turut menyumbang ke arah peningkatan taraf hidup komuniti. Berdasarkan potensi ini, komuniti di luar bandar dapat diperkukuhkan melalui pembangunan modal insan dengan mencipta pelbagai bidang ekonomi seperti pembangunan pelancongan berasaskan komuniti, industri kraf berasaskan kearifan tempatan dan pengekalan warisan. Sehubungan dengan itu, keperluan terhadap penerbitan hasil karya ilmiah dalam bidang ini adalah relevan dan signifikan. Buku Pembangunan Sumber di Luar Bandar ini menghimpunkan sepuluh artikel dengan memberikan tumpuan kepada dua isu utama, iaitu pembangunan dan pengekalan sumber. Buku suntingan ini sesuai dijadikan sebagai sumber rujukan dan bacaan umum kepada pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan, pensyarah, penyelidik, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah, pelajar sekolah menengah mahupun mereka yang terlibat dalam pengurusan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan dengan bidang pelancongan, pembangunan, pulau dan pelancongan pulau.
Penerbit UMS
2023-05-18
9789672962199
Politics & Social Sciences Reference
pdf
File Size 8,248.28 KB
Bahasa Melayu
RM 25.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.