Perlindungan Undang-Undang Terhadap Isteri Yang Berpantang by Ahmad Amsyar Ahmad Effendy ( Author )
, Muhamad Helmi Md Said ( Author )
Secara umumnya, setiap wanita akan mengikuti amalan berpantang selepas bersalin dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Amalan ini biasanya diamalkan mengikut kaedah tradisional yang telah diwarisi secara turun-temurun ataupun kaedah moden. Mereka juga biasanya akan dijaga oleh ibu kandung atau ibu mentua sepanjang tempoh tersebut manakala si suami pula kelihatan jarang sekali memainkan peranan tersebut secara langsung. Dalam pada itu, suami mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri termasuklah melayannya dengan cara yang baik terutamanya ketika isteri sedang berpantang. Walau bagaimanapun, beban menjaga isteri yang berpantang hanya ditanggung oleh ibu kandung isteri atau ibu mentuanya sahaja sehingga menyebabkan terdapat sebahagian isteri yang mengalami kemurungan selepas bersalin (postpartum depression). Keadaan ini berlaku disebabkan oleh ketiadaan undang-undang yang mewajibkan suami menjaga isteri yang berpantang. Hasil penulisan ini menyimpulkan bahawa penguatkuasaan tanggungjawab suami untuk menjaga isteri yang berpantang menerusi jalan undang-undang hanyalah dianggap sebagai langkah terakhir kerana perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan. Namun, masih terdapat kaedah-kaedah alternatif yang boleh ditambah baik dengan harapan supaya dapat meningkatkan kesedaran para suami akan kepentingan menjaga isteri yang berpantang. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan oleh jabatan kerajaan, institusi mahkamah. jabatan agama Islam, pertubuhan masyarakat madani, penyelidik dan pelajar untuk menambah baik modul-modul kursus praperkahwinan dan latihan aktivis kemasyarakatan.
Penerbit UKM
2022-11-11
978-967-251-641-5
Law
epub
File Size 1,064.57 KB
Bahasa Melayu
RM 17.50
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.