Jaminan Perundangan Terhadap Pengabaian Dan Kecuaian Kanak-Kanak Di Malaysia by Nurul Izzah Izzati Hashim ( Author )
, Wafaa’ Yusof ( Author )
, Zuliza Mohd Kusrin. ( Author )
Buku ini membincangkan mengenai isu pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak di Malaysia. Kes pengabaian dan kecuaian terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa atau penjaga mengancam keselamatan kanak-kanak dan merupakan satu bentuk penganiayaan dan pencabulan terhadap hak asasi kanak-kanak, Kebanyakan kes yang dilaporkan berakhir dengan ibu bapa atau penjaga terlepas daripada pendakwaan atas perlakuan pengabaian dan kecuaian terhadap anak sendiri, Undang-undang sedia ada juga telah ditambah baik tetapi pelaksanaannya dilihat masih tidak berkesan.Buku ini mengupas mengenai konsep pengabaian dan kecuaian kanak-kanak menurut syarak dan perundangan sivil di Malaysia dengan memfokuskan bentuk-bentuk pengabaian kanak-kanak berdasarkan kes yang berlaku pada masa kini. Selain itu, jaminan perlindungan menurut syarak dan perundangan terhadap hak kanak-kanak yang diabaikan dan cabaran penguatkuasaan dan pendakwaan kes-kes berkaitan turut dikupaskan. Di akhir buku ini dicadangkan keperluan garis panduan perlindungan kanak-kanak daripada pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga di Malaysia melibatkan kerjasama daripada ibu bapa atau penjaga, masyarakat dan agensi penguatkuasa. Kandungan dan perbincangan buku ini di tulis dengan bahasa yang mudah difahami bagi memberi input dan kefahaman kepada segenap lapisan masyarakat berkenaan kes yang berlaku. Buku ini juga dapat menyumbang dari sudut penambahan maklumat kepada pihak yang terlibat dan mengisi kelompangan undang-undang dan garis panduan yang sedang berkuat kuasa dalam usaha memberi keadilan kepada hak perlindungan kanak-kanak di Malaysia.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-845-7
Reference
epub
File Size 1,500.72 KB
Bahasa Melayu
RM 21.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.