Belongs To Mr Psycho by RinsyaChasiani ( Author )
Bagi Tan Sri Nazin, Nur Hawa Khadijah merupakan berlian yang hampir rapuh. Apatah lagi setelah kehilangan deria penglihatan akibat kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kedua orang tuanya. Sebagai seorang datuk, Tan Sri Nazin menjaga Hawa umpama seorang puteri. Disayangi, dilindungi dan diberikan kehidupan yang serba serbi sempurna. Setelah Tan Sri Nazin meninggal dunia, Hawa diangkat menjadi pewaris empayar perniagaan arwah datuknya. Tapi bagaimana dia mahu menguruskan Zin Corporate dengan keadaannya yang hampir buta? Musuh perniagaan semakin menunjukkan taring, mahu menjatuhkan empayar yang dibina oleh Tan Sri Nazin. Tiada siapa yang takut dengan gadis buta seperti Hawa. Ekonomi Zin Corporate semakin goyah. Kerana tiada pilihan, Hawa menerima lamaran Asyraf Galileo. Dia meletakkan harapan agar Asyraf berjaya memulihkan Zin Corporate. “Betul ke arwah datuk saya pernah minta awak untuk jadi suami saya?” “Ya.” Ikatan perkahwinan tanpa didasari oleh cinta, hanya berlandaskan urusan perniagaan semata-mata. Adakah Hawa masih boleh menggapai rasa bahagia? Bagi Asyraf, perkahwinan mereka berdua tidak akan kekal. Dia sudah punya wanita lain yang jauh lebih sempurna. Mandy tidak pernah gagal menjadi trofi kebanggaannya. Cuma kenapa hati Asyraf sentiasa berbelah bahagi berhadapan dengan si isteri? “Hawa... You have me.” Ketika Hawa sedar dia bukan pilihan Asyraf, ketika Hawa tahu tujuan Asyraf berada di sampingnya, dia terbangun dari lena yang panjang. Tiada siapa yang ikhlas memanjakan dirinya selain arwah Tan Sri Nazin! Pengkhianatan Asyraf tidak mampu diterima. Walau cintanya utuh, dia perlu berundur sebelum maruahnya benar-benar tersungkur. “Kita bawa haluan masing-masing. Jangan cuba dekati I. Kita dah tak ada apa-apa.” Hawa parah dan pasrah. Tetapi bagaimana dengan Asyraf pula?
Rinsya Chasiani
2023-01-22
9789672813262
Romance
epub
File Size 1,450.04 KB
Bahasa Melayu
RM 22.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search