Meramal Ionosfera Dengan Pendekatan Rangkaian Neural by Rohaida Mat Akir ( Author )
, Mardina Abdullah ( Author )
, Kalaivani A/P Chellappan ( Author )
Seiring dengan peredaran zaman, kehidupan sehari-harian kita sangat bergantung kepada sistem komunikasi. Namun, tahukah anda bahawa lapisan atmosfera bumi kita memainkan peranan sangat penting dalam membantu kita untuk berkomunikasi atau membantu dalam mencari arah yang tepat? Salah satu lapisan atmosfera bumi yang sangat penting dalam proses ini ialah lapisan ionosfera, yang terletak pada ketinggian 50 hingga 1000 km dari permukaan bumi. Variasi lapisan ini, yang sangat bergantung kepada aktiviti matahari, memberi kesan yang sangat besar ke atas komunikasi radio, sistem navigasi, pengukuran GPS dan cuaca di angkasa. Dalam usaha untuk memahami kesan-kesan ini, satu peramalan ionosfera telah dibina. Beberapa peramalan ionosfera telah dilakukan sebelum ini untuk meramalkan kepelbagaian ionosfera di lokasi yang berbeza di dunia. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekurangan maklumat di kawasan Khatulistiwa, peramalan tersebut tidak dapat memberi keputusan ramalan yang tepat mengenai kepelbagaian ionosfera di Malaysia. Oleh itu, tujuan buku ini ditulis adalah untuk menggunakan rangkaian neural dalam meramalkan variasi lapisan ini di Khatulistiwa. Rangkaian neural ini turut diaplikasikan ketika musim berbeza iaitu musim ekuinoks dan solstis. Rangkaian neural berpotensi dan berkesan untuk membuat ramalan ionosfera berbanding dengan ramalan global. Hasil ramalan ini berguna kepada operator radio untuk mengetahui keadaan ionosfera terlebih dahulu, terutamanya semasa keadaan ionosfera terganggu dalam berkomunikasi.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-893-8
Engineering & Transportation
epub
File Size 3,390.70 KB
Bahasa Melayu
RM 17.50
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search