Pemprosesan Timun Laut (Holothuria Scabra) Untuk Pengusaha by Wolyna Pindi ( Author )
, Chye Fook Yee ( Author )
, Sharifuddin Md. Shaarani ( Author )
, Lee Jau Shya ( Author )
, Sitti Raehanah Muhamad Shaleh ( Editor )
Manual ini dihasilkan untuk rujukan nelayan dan pengusaha timun laut kecil-kecilan di pesisiran pantai negeri Sabah. Timun laut selalunya diproses sebelum dijual sebagai timun laut kering yang dikenali sebagai ‘beche-de-mer’. Harga timun laut kering ditentukan oleh kualiti akhir produk. Timun laut yang diproses dengan baik mempunyai harga yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan timun laut kering yang tidak diproses dengan baik. Oleh hal yang demikian, cara pemprosesan yang digunakan akan menentukan kualiti timun laut dan seterusnya dapat memberikan pulangan lumayan kepada nelayan dan pengusaha kecil timun laut. Pemprosesan timun laut terdiri daripada eviserasi atau pembuangan isi perut, penggaraman, perebusan dan pengeringan. Semua proses ini akan menentukan kualiti akhir timun laut kering. Bagaimanapun, kebanyakan nelayan dan pengusaha timun laut tidak mempunyai pengetahuan tentang kaedah terbaik dalam pemprosesan timun laut. Akibatnya, timun laut kering yang dihasilkan akan dijual dengan harga yang jauh lebih rendah di pasaran dan merugikan nelayan serta pengusaha kecil. Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untukmemproses timun laut bagi mendapatkan kualiti yang baik. Justeru, manual ini akan menerangkan kepada para pembaca kaedah yang terbaik dalam memproses timun laut daripada spesies Holothuria scabra, iaitu spesies yang paling banyak ditemui dan popular di negeri Sabah.
Penerbit UMS
2023-05-15
9789672738404
Reference Science & Math
pdf
File Size 8,256.51 KB
Bahasa Melayu
RM 29.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search