Elektrolit Pepejal Berasaskan Polimer Taut Silang by Siti Munirah Manap ( Author )
, Farah Hannan Anuar ( Author )
, Azizan Ahmad ( Author )
Peralatan elektronik mudah alih seperti telefon bimbit, alat kawalan jauh, komputer riba dan lain-lain banyak digunakan pada masa kini kerana ia memudahkan tugasan harian. Kesemua peralatan ini menggunakan bateri sebagai sumber tenaga. Elektrolit polimer dalam bentuk pepejal mempunyai pelbagai kelebihan berbanding elektrolit berasaskan cecair bagi sesebuah bateri. Buku ini berkisarkan penyelidikan berkaitan dengan penyediaan elektrolit polimer pepejal (EPP) berasaskan polimer taut silang poli(propilena glikol) (PPG) dan poli(Lasid laktik) (PLLA) dengan penambahan etilena karbonat (EC) sebagai pemplastik dan litium perklorat (LiClO4 ) sebagai garam dopan. EPP PPG-PLLA/EC/LiClO4 disediakan melalui kaedah pengacuan larutan. Pembaca akan didedahkan kepada kesan penambahan pemplastik dan garam dopan ke atas interaksi kimia, kekonduksian ionik, sifat terma dan morfologi bagi EPP PPG-PLLA. Seterusnya, pencirian filem EPP dengan pelbagai teknik analisis seperti analisis infra-merah, analisis kekonduksian ionik, analisis pembelauan sinar-X, analisis termogravimetri dan analisis morfologi juga akan diulas. Ditulis oleh ahli kimia yang berpengalaman luas dalam bidang elektrolit polimer dalam peranti elektrokimia, diharapkan buku ini dapat memberi inspirasi kepada pembaca untuk meneroka bidang kimia dan tenaga.
Penerbit UKM
2021-12-31
9789672515623
Science & Math
epub
File Size 3,778.73 KB
Bahasa Melayu
RM 21.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.