Pengurusan Projek Bagi Projek Penyelidikan Universiti by Abang Annuar Ehsan ( Author )
Buku ini diilhamkan berdasarkan rasa kerisauan serta prihatin penulis kepada akan wujudnya satu jurang ilmu atau knowledge gap berkaitan kaedah yang digunakan oleh ahli akademik di dalam mengurus projek penyelidikan mereka. Ia bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan awal kepada topik pengurusan projek terutama bagi projek penyelidikan universiti kepada penyelidik-penyelidik muda di kalangan bukan sahaja pensyarah universiti malah sesiapa sahaja yang terlibat dengan projek penyelidikan. Pendekatan yang di ambil di dalam mengolah buku ini adalah dengan melihat kepada budaya semasa pengurusan projek universiti di kalangan ahli akademik. Ini diikuti dengan memperkenalkan konsep-konsep mudah di dalam pengurusan projek merangkumi ilmu asas, strategi dan budaya organisasi, kemahiran sebagai pengurus projek, serta pendekatan di dalam pemilihan projek. Topik-topik khusus berkaitan perancangan projek dibincangkan secara mendalam oleh kerana sesuatu projek mestilah bermula dengan perancangan. Pendekatan mudah dan sistematik di dalam perancangan projek ini akan meliputi topik pengurusan skop projek dan pengurusan jadual projek. Buku ini diharap dapat membuka ruang bagi ahli akademik menimba ilmu berkaitan kemahiran pengurusan projek serta mengaplikasikan ilmu tersebut secara praktikal ke projek penyelidikan mereka
Penerbit UKM
2023-05-18
978-629-7547-16-9
Engineering & Transportation
epub
File Size 3,207.59 KB
Bahasa Melayu
RM 28.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search