Kepelbagaian Dalam Pendidikan by Harun Baharudin ( Author )
, Abu Yazid Abu Bakar ( Author )
, Salleh Amat ( Author )
Bidang pendidikan merupakan tonggak yang mendasari pembinaan ketamadunan manusia sejagat. Karektor kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah masyarakat menjadi elemen penting untuk diterokai. Dalam erti kata lain, kejayaan sebuah pendidikan dalam masyarakat mesti mengambil kira faktor, karektor dan cabaran kepelbagaian yang wujud seperti perbezaan bahasa, kebudayaan, kepercayaan dan keturunan menjadi cabaran terhadap bidang pendidikan. Justeru, sistem pendidikan yang berkesan perlu mengambil kira perkembangan semasa dan harus lebih teradun dengan pelbagai bidang lain seperti sains tulen, kemanusiaan, dan sebagainya bagi merealisasikan objektif membangunkan generasi pelajar masa hadapan yang lebih holistic dalam aspek-aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Pendekatan konsep kepelbagaian merentas disiplin ilmu ini, tuntasnya, bermaksud melahirkan sumber tenaga masa hadapan yang bukan sahaja berpengetahuan serta memiliki kemahiran abad ke-21 yang diperlukan, malahan juga memiliki jati diri dan sahsiah diri yang teguh. Terdapat lapan artikel yang menghuraikan elemen kepelbagaian melalui pelbagai bidang. Koleksi artikel yang disusun dalam penulisan buku ini mencakupi kepelbagaian dimensi displin ilmu dalam pendidikan dan amat relevan dijadikan rujukan oleh seluruh warga komuniti termasuklah para pentadbir dan pembuat polisi, golongan pendidik dan para pelajar di pelbagai peringkat pengajian, serta semua pemegang taruh dalam sistem pendidikan kebangsaan, sama ada yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-838-9
Education & Teaching
epub
File Size 1,490.62 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.