Kemahiran Berfikir Pengatur Cara dan Pembelajaran Berasaskan Permainan. by Noraini Talib ( Author )
, Siti Fatimah Mohd Yassin ( Author )
, Mohd Khalid Mohamad Nasir ( Author )
Buku ini memerihalkan tentang penambahbaikan yang dilakukan terhadap pendidikan pengaturcaraan komputer dari segi kandungan dan medium pembelajaran. Penambahbaikan yang dilakukan setelah mengenal pasti kekurangan yang ada dalam pendidikan pengaturcaraan. Kemudian, modul pembelajaran pengaturcaraan yang baru dibina dan diuji keberkesanannya. Dua elemen penting dalam penambahbaikan pendidikan pengaturcaraan ini adalah kemahiran penyelesaian masalah kreatif (PMK) dan pembelajaran berasaskan permainan. PHK adalah asas kepada cara seorang pengatur cara berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Manakala pembelajaran berasaskan permainan pula merupakan medium pembelajaran yang menjadi asas kepada pembinaan modul pembelajaran tersebut. Selain itu, pencapaian, motivasi dan minat pelajar terhadap pengaturcaraan adalah beberapa kesan pembelajaran yang menjadi pemboleh ubah utama penambahbaikan yang juga merupakan kriteria kepada hasil pembelajaran pengaturcaraan. Bagi memastikan penambahbaikan terhadap pendidikan pengaturcaraan dapat dilakukan dengan baik dan berkesan, maka beberapa tugasan awal telah dilakukan secara berperingkat. Di antaranya ialah menganalisis keperluan pembelajaran, menganalisis kemahiran PMK dan membina kandungan pembelajaran berserta pentaksiran portfolio. Selain itu, beberapa medium pembelajaran yang sesuai dengan kandungan pembelajaran turut dianalisis. Hasilnya adalah sebuah modul pengaturcaraan berasaskan permainan komputer berjaya dibina dan dilaksanakan dalam sebuah program pendidikan di Kolej Komuniti setempat. Setelah program pendidikan dijalankan selama tujuh minggu, hasilnya terbukti menunjukkan peningkatan pencapaian pembelajaran dalam kalangan pelajar. Malah, para pelajar juga menunjukkan minat dan motivasi yang tinggi untuk meneruskan pembelajaran walaupun program pendidikan telah selesai dijalankan.
Penerbit UKM
2022-11-08
978-967-251-786-3
Education & Teaching
epub
File Size 4,052.79 KB
Bahasa Melayu
RM 21.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search