Coffee by ARSYA ASYA ( Author )
Orang kata kopi pahit dan hidup ini seumpama kopi. Pahit pada mulanya dan akan rasa manisnya pada hujung tetapi hidup adalah sesuatu yang berbeza. Definisi hidup bagi Ziya Sefa mudah tapi tidak setelah dia bertemu dengan Ahmad Athem Faizq, lelaki paling poyo yang pernah dia kenal. Nama aku Ahmad Athem Faizq. Umur aku muda lagi. 28 tahun. Belum kahwin. Dalam proses mencari dan kau… not my taste - Athem Ziya pangkah Athem dari senarai hidupnya tetapi kenapa mereka seakan berjodoh. Sepertinya mereka diperjalankan di atas jalan yang sama. Aku terhutang budi dengan kau kan? - Ziya Kahwin dengan aku - Athem Niat Athem hanya mahu berseronok tetapi ada satu rahsia yang tersimpan antara mereka. Rahsia yang mengikat mereka tapi mereka sendiri tidak tahu. Tetapi bangkai jika disorok akan berbau apatah lagi rahsia. Saat Athem tahu siapa Ziya Sefa, semua bagaikan waktu yang terhenti. Kerana Athem sendiri sedang mendukung beban yang sarat dibenci ibu sendiri hanya kerana satu kesilapan. Setiap yang terjadi ada pemula dan ada pengakhiran. Kisah Ziya Sefa Dan Athem Faizq tidak pernah bermula, jadi bagaimana mahu berakhir?
Penerbitan Anaasa Plt
2022-10-26
e ISBN 978-967-0870-97-7
Romance
pdf
File Size 4,226.43 KB
Bahasa Melayu
RM 19.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.