Sakit Yang Kau Beri by Wardina Aishah ( Author )
Saat orang ketiga hadir dalam rumah tangga mereka, hubungan Eizlan dan Hana tidak lagi seperti dulu. Ada saja perkara yang sering menjadi perbalahan. Hana bosan! Geram dengan sikap Eizlan yang tidak pernah berkata benar. “Abang tak tahu apa yang ada dalam fikiran sayang sekarang ini? Kita dah sepuluh tahun kahwin. Takkan sayang tak percaya abang langsung?” - Eizlan “Ini bukan soal tak percaya abang. Ini soal kejujuran. Abang tak jujur dekat Hana. Abang tak bagi tau Hana perkara sebenar pun.” - Hana Demi mencari kebenaran, Hana nekad mengekori Eizlan. Segala-galanya terbongkar. Hati Hana hancur bak serbuk. Dia nyaris hilang akal apabila cuba membunuh diri. Mujur ada Haikal, lelaki itulah yang telah menyelamatkannya dari bertindak bodoh. “Hana minta maaf. Hana dah tak boleh nak bersama abang lagi. Hati saya dah terlalu sakit ketika melihat abang bersama perempuan lain.” - Hana Mahligai yang dibina selama 10 tahun itu akhirnya musnah. Eizlan dan Hana membawa haluan masing-masing. Bukan mudah bagi Eizlan melupakan bekas isterinya itu. Dia berusaha memujuk Hana agar kembali semula ke pangkuannya. “Awak, tolonglah! Jangan bersikap macam budak-budak boleh tak? Saya tak nak kedatangan awak mengundang fitnah orang sekeliling.” - Hana “Biarlah kalau dia orang nak fitnah. Sekurang-kurangnya apa yang dia orang cakap jadi satu doa. Mendoakan abang dengan Hana untuk bersama semula. Bukankah itu bagus?” - Eizlan Setahun berlalu. Hidup Hana lebih bahagia bersama anak-anak. Sehinggalah dia disunting seseorang. Membuatkannya dipukul ombak resah. Antara terima atau tolak? Dan saat itu juga Eizlan terus mendesak. Demi anak-anak, perlukah dibuka peluang kedua?
Penerbitan Anaasa Plt
2022-10-26
e ISBN 978-967-0870-95-3
Romance
pdf
File Size 3,421.56 KB
Bahasa Melayu
RM 19.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.