Literasi Sains Kanak-Kanak by Romarzila Omar ( Author )
, Zanaton Hj. Iksan ( Author )
, Sharifah Nor Puteh ( Author )
Sains Awal bermula dengan Literasi Sains dalam kalangan kanak-kanak. Pembelajaran ini dapat dilaksanakan oleh pendidik dengan mengamalkan pendekatan pembelajaran berasaskan projek berasaskan model Katz dan Chad. Literasi Sains memberi pengalaman kepada kanak-kanak untuk berkomunikasi sebagai ‘little scientist’ dan memahami konsep asas Sains dalam kehidupan. Penguasaan kanak-kanak dalam Literasi Sains akan membawa kepada penguasaan digital seiring dengan perkembangan semasa dunia tanpa sempadan pada hari ini. Buku ini akan membincangkan amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Literasi Sains iaitu pendekatan pembelajaran berasaskan projek, teori pembelajaran Sains Awal kanak-kanak, pembelajaran aktif, pembelajaran berfitrah, pembelajaran menyeronokkan dan bahan pembelajaran. Kandungan buku ini dapat memberi pengetahuan kepada guru dan ibu bapa mengenai Literasi Sains kanak-kanak khususnya yang berusia 5 hingga 6 tahun. Buku ini adalah hasil dari kajian tesis PhD penulis dalam bidang Sains Awal Kanak-kanak. Meskipun terdapat teori dan kurikulum yang telah dibina, pelaksanaan dalam keadaan sebenar memainkan peranan yang penting untuk melihat jurang dan ‘bridge’ yang telah dibina bagi mencapai aspirasi Pendidikan negara khsusnya melibatkan Sains Awal kanak-kanak. Justeru, hasil penyelidikan telah ditulis sebagai perkongsian kepada pendidik dan ibubapa yang ingin memulakan dunia pembelajaran kanak-kanak dengan Sains dan Teknologi.
Penerbit UKM
2022-11-09
978-967-251-781-8
Education & Teaching
epub
File Size 5,057.45 KB
Bahasa Melayu
RM 20.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search