Penglibatan Kerajaan Turki Dalam Pembinaan Semula Masjid Tokyo Di Jepun by Siti Zulfa Palem Zainol ( Author )
, Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad ( Author )
Masjid Tokyo merupakan masjid kedua terawal dibina pada tahun 1938 di Jepun. Masjid Tokyo dirobohkan pada tahun 1986 disebabkan kerosakan akibat gempa bumi. Namun begitu, pembinaan semula Masjid Tokyo mengambil tempoh selama 12 tahun disebabkan kekangan dana kewangan. Pembinaan semula Masjid Tokyo siap dibina pada tahun 2000. Pembinaan semula Masjid Tokyo menjadikan ia tempat ibadat yang utama dan terbesar bagi umat Islam di Jepun. Bahkan Masjid Tokyo menjadi tempat daya tarikan terhadap pelancong dan masyarakat Jepun. Hal ini disebabkan kecantikan dan keunikan reka bentuk Masjid Tokyo dibina berasaskan seni bina Uthmaniyyah. Lanjutan daripada itu, hubungan baik antara kerajaan Turki dan kerajaan Jepun mempengaruhi penglibatan kerajaan Turki dalam pembinaan Masjid Tokyo. Meskipun terdapat perbezaan budaya dan agama antara kerajaan Turki dan Jepun, hal ini tidak menghalang pembinaan Masjid Tokyo. Kesan pembinaan Masjid Tokyo membawa kepada keharmonian dan toleransi di antara komuniti Islam dan masyarakat Jepun. Demi merealisasikan pembinaan masjid Tokyo, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kerajaan Turki dan komuniti Islam di Jepun. Jika dilihat pembinaan masjid bukan hal yang sulit untuk dibina di negara majoriti Muslim tetapi di negara minoriti Muslim amat sukar untuk dibina sebuah masjid. Buku ini menyorot sejarah umum berkaitan penglibatan kerajaan Turki terhadap pembinaan Masjid Tokyo serta menfokuskan kerjasama hubungan antara kerajaan Turki dan kerajaan Jepun. Impak kerjasama antara kedua-dua kerajaan ini membawa kepada perkembangan Islam dan kesatuan persatuan komuniti Islam di Jepun terutama pembinaan Masjid Tokyo.
Penerbit UKM
2022-11-08
978-967-251-403-9
Islamic and Al-Quran
epub
File Size 2,327.91 KB
Bahasa Melayu
RM 14.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search