ISLAM DAN GOVERNAN DI MALAYSIA by Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy Mohd Izani Mohd Zain Makmor Tumin ( Author )
Buku ini telah berjaya menghimpunkan pelbagai aspek perbincangan yang padat tentang Islam dan governan di Malaysia.13 bab termasuk pendahuluan dan penutup, daripada perbincangan konsep hingga ke praktis telah dimuatkan dalam buku ini. Konsep governan Islam, model governan Islam, nilai yang membentuk governan baik, governan hal ehwal Islam seperti Halal, Masjid, Pendidikan KAFA hinggalah kepada penguatkuasaan, penyelesaian kepada isu ketirisan, cabaran dan impak Pandemik COVID-19 terhadap governan di Malaysia. Ia bukan sekadar dihuraikan secara normatif tetapi juga secara empirikal. Tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan dunia digital dan krisis kesihatan dengan berlakunya Pandemik COVID-19 telah melakar pengalaman baharu yang menuntut strategi baharu, pengukuhan integriti dan kesegeraan dalam gerak kerja governan. Salahlaku seperti rasuah, ketirisan dan kelewatan mengendalikan urusan pelanggan adalah antara musuh utama kepada governan baik. Penekanan governan berasaskan pendekatan secara tindakan dan sistem (action and system-based approach) semata-mata tidak menjamin kelestarian dalam governan. Sebaliknya pendekatan nilai humanistik dan spiritual menjadi asas kepada terlaksananya governan baik yang beramanah, bertanggungjawaban, adil, bekerjasama dan berdaya kepimpinan dalam melaksanakan kebajikan masyarakat atau Maslahah Ammah selaras Maqasid Syariah telah diberikan penekanan dalam buku ini.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2022-08-24
978-967-488-217-4
Islamic and Al-Quran
Hardcopy
1 KG
302
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.