ASH & AISH by MAYA ADIRA ( Author )
Siapa kata kahwin itu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi penuh warna warni, hangat dan bahagia. Ashrafi: Misterius dan pendiam. Lari dari keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa. Aisha: Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega. Sanctuary kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila gila, buat dia tersenyum dalam rahsia. Tolong konon. namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sebenarnya Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dapat juga dia menumpang kasih keluarga baharu. "Kenapa awak boleh nampak saya?" ~ Ashrafi "Maafkan saya kerana tak memahami ketakutan awak." ~ Aisha Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang peøuh dengang seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang tersembunyi. "I saw your worst, but I still stay"
KASEH ARIES PUBLICATION
2020-03-31
9789672035411
Romance
eBook
epub
File Size 766.64 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.