Novel Cinta : BINTANG HATI ABANG by Nurharyati Ishak ( Author )
“Boon, you pergilah temankan Denis kat kereta sana. Kesian pulak dia memandu balik seorang-seorang.” Kerah Josen. Pantas Bunga rungkai tali pinggang keledar. “Tak payah!” jerkah Dee George. Bunga baru sahaja buka pintu kereta dan keluarkan kakinya letak atas tanah. Dee George tiba-tiba jerkah dengan kuat. Sampai terangkat terus kakinya masuk ke dalam kereta semula. Perlahan-lahan dia tutup pintu. Geram jugak dia. Terkejut macam nak mati! Dia lihat Josen sudah mengurut dada. Bunga paling ke belakang. Dia nampak muka Dee George sudah macam naga raya Cina. Merah menyala hingga merebak ke telinga. “Jerkah kuat-kuat sangat kenapa? Orang terkejut tahu tak?!” Bunga pun bukan tahan sabar sangat. Kalau buat dia terkejut, cepat sangat dia naik angin nak marahnya tu. Sempat dia jegil pada Dee George macam nak terkeluar biji mata. Tapi Dee George langsung tak gerun. Dia buat tak tahu sambil pandang ke luar tingkap. Josen sudah kalut. Dua-dua orang ni sudah main tengking-tengking pulak di dalam keretanya. “Kenapa dengan dia ni? Dah datang bulan?” Bunga pandang ke arah Josen dan bertanya dengan keras. Tetapi ayatnya itu sinis terarah kepada Dee George. Apabila Bunga lepaskan ayat itu, berdekit-dekit Josen ketawa. Dee George pula terus beralih memandang Bunga dengan pantas. Tapi Bunga tak pusing pun membalas pandangannya. Perjalanan bermula dalam keadaan sunyi sepi macam berada di dalam lubang kubur. Jemu jugak suasana macam itu. Josen lalu pasangkan lagu kuat-kuat. Tiba-tiba siaran radio putarkan lagu kantonis. Entah dari mana datangnya. Sedap-sedap dengar lagu Melayu, menyelit pulak lagu kantonis di antaranya. Tapi melodinya sedih sangat Bunga rasa. Nak-nak pulak selepas kena jerkah dengan Dee George tadi. Rasa macam nak menangis saja di dalam kereta. Tapi dia tak naklah tunjuk lemah sangat sampai nak menangis dengar lagu yang dia tak faham maksudnya tu. Bunga nampak Josen pun ikut menyanyi lagu itu perlahan-lahan. Sendu sungguh muka dia. Macam terkenang peristiwa lama aje. Kesian pulak Bunga tengok. Bunga tak nak ganggu mood sentimental Josen. Terus dia pandang keluar dan pejamkan mata untuk menghayati lagu itu. Tiba-tiba dari belakang, terdengar kuat Dee George menyanyi, Yuen leong ngor jea yat sang but gei fong jung ngoi ji yao Ya wui pa yao yat tin wui dit dou ohhhhnooo Pui hei liu lei siong, sui yan dou hor yi Na wui pa yao yat tin ji lei gung ngor…
KARYA PUBLIKA
2021-07-12
978-967-2394-14-3
Literature & Fiction Romance Teen & Young Adult
Hardcopy
2 KG
450
4 x 15 x 21 CM
25
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.