JEJAK RINDU AKASYAH by CICI AIDA ( Author )
"Syah janji ini ekspedisi Syah yang terakhir. lepas balik dari ekspedisi ni nanti, kita selesaikan majlis nikah kita. AKASYAH Tunang tercinta telah hilang secara misteri sebulan lalu. Akasyah, nama yang tidak pernah luput dalam ingatan seorang Maya. Setiap malam Maya dihantui mimpi yang sama Akasyah memanggilnya, merayu agar mereka bertemu. Letih dan bingung. Maya akhirnya berkongsi rahsia itu dengan Fariz, sahabat baik Akasyah. Meski Fariz cuba menyakinkan Maya untuk menerima kenyataan, hatinya tetap berbisik bahawa Akasyah masih hidup. "Akasyah dah tak ada. Awak kena terima kenyataan tu, Maya." FARIZ "Kalau inilah peluang terakhir saya tak mampu bertemu Akasyah semula, saya janji saya akan tunaikan apa saja permintaan awak." MAYA Didorang oleh firasat yang kuat, Maya mengajak Fariz, Hilman dan Fuad tiga sahabat setia Akasyah ke Hutan Meranti Berdarah, tempat yang sering muncul dalam mimpinya. "Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Riz? Hutan tu bukan main-main. Lagi pun, kita tak tahu apa yang ada kat dalam sana. Risikonya besar kalau terjadi apa-apa. Ini soal nyawa tau." FUAD "Nak masuk ke sana semata-mata nak cari orang yang dah mati. Kau fikir logiklah dalam keadaan sekarang ni Akasyah masih hidup? Kalau ada pun mungkin rangka yang dah tak sempurna kita jumpa." HILMAN Dengan bantuan Tok Zainal, mereka merentasi kegelapan hutan yang penuh dengan rahsia dan makhluk kejam. "Hutan tak pernah lepaskan apa yang dia dah ambil. Kalau kamus masuk balik untuk ambil sesuatu, dia akan tuntut sesuatu sebagai ganti. Nyawa tak pernah murah di tempat itu." TOK ZAINAL. Dalam pertembungan antara mimpi dan realiti, Maya mendapati dirinya terperangkap dalam bayangan cinta yang kabur dan penuh misteri. "Saya tahu awak susah nak terima semua ni. Tapi inilah kenyataan. Takdir dah tertulis untuk kita, Maya." AKASYAH Di tengah-tengah kekacauan, mampukah dia menemukan Akasyah yang pernah dicintainya atau adakah segalanya hanyalah ilusi yang akan menghancurkan harapannya?
ILHAM SANTAI ENTERPRISE
2025-07-26
978-967-2809-28-9
Mystery, Thriller & Suspense Romance Literature & Fiction
eBook
pdf
File Size 713.60 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.