Teknik Pengesanan Lokasi Iris Menggunakan Kaedah Adaptif Berselia by Zuraini Othman ( Author )
, Azizi Abdullah ( Author )
, Anton Satria Prabuwono ( Author )
Buku ini diterbitkan untuk menerokai bidang ini mengenai maklumat penting dalam ilmu pemprosesan imej amnya dan penyetempatan iris khususnya. Penyetempatan iris merupakan satu fasa utama dalam pembangunan sistem biometrik berautomatik. Buku ini meninjau kepada permasalahan yang wujud dalam penyetempatan iris dan potensi penyelesaian kekangan yang wujud. Menentukan kedudukan iris adalah penting bagi memastikan keberkesanan dan ketepatan sistem pengimbasan ini. Kaedah sedia ada sukar untuk menentukan nilai ambang terbaik dalam mengesan imej pinggir iris. Ini kerana sifat imej mata yang mengandungi kepelbagaian variasi seperti resolusi, oklusi dan keamatan yang tinggi menyebabkan proses mengesan sempadan iris dan anak mata menjadi rumit. Selain itu, rantau tumpuan merupakan kawasan penting perlu dicari bagi mendapatkan lokasi iris yang lebih tepat. Selain itu, kaedah semasa untuk menentukan lengkung sebenar pinggir iris adalah terhad kepada satu jenis lengkung sahaja dan mengabaikan ketepatan sebenar bentuk iris dan anak mata. Suatu skema dicadangkan bagi mempertingkat keupayaan penyetempatan iris berasaskan imej mata ideal dan bukan ideal. Kami percaya perkongsian ilmu berkenaan pemprosesan imej bagi mendapatkan lokasi iris bagi sistem pengecaman iris secara ringkas dan padat ini dapat memudahkan pemahaman pembaca yang berminat dalam bidang pemperduaan imej.
Penerbit UKM
2023-05-18
978-967-251-963-8
Computers & Technology
eBook
epub
File Size 6,144.99 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.