Isu Dwikerakyatan dalam Pembentukan Kewarganegaraan Malaysia 1900-1965 by Low Choo Chin ( Author )
Buku ini membincangkan kemelut isu kewarganegaraan Malaysia. Kandungan utama buku ini adalah berkaitan evolusi dasar dwikerakyatan. Ia menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan mengubah polisi dwikerakyatan kepada polisi satu kerakyatan menjelang kemerdekaan. Dasar tidak mengiktiraf dwikerakyatan masih kekal sehingga hari ini. Parti Perikatan berpegang kepada dasar satu kerakyatan manakala kerajaan kolonial British mengamalkan polisi dwikerakyatan yang liberal. Bagaimanakah kedua-dua pihak tersebut mencapai kompromi semasa rundingan kemerdekaan? Tinjauan karya tertumpu kepada Malaysia, tetapi turut membincangkan isu kerakyatan negara lain yang berperanan mempengaruhi arah perkembangan kerakyatan Malaysia. Penulis ingin mengetengahkan satu isu pokok dalam konteks Malaysia, istilah kewarganegaraan dan kerakyatan mempunyai implikasi politik yang berbeza (sebelum tahun 1965). Kemelut kewarganegaraan yang dihadapi oleh perangka perlembagaan adalah berkait rapat dengan penggunaan istilah-istilah tersebut. Perbincangan buku ini adalah berdasarkan dokumen sejarah yang kukuh. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu rujukan bagi kajian sejarah, politik, pentadbiran awam dan undang-undang di institusi pengajian tinggi.
Penerbit USM
2024-07-31
9789838615709
Politics & Social Sciences
Hardcopy
1 KG
285
2 x 17 x 24 CM
235
2 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.