Novel Cinta : HEY CINTA, TUNGGU AKU | Penerbit : Karya Publika by Hasreeyati Ramli ( Author )
Tajuk: Hey, cinta! Tunggu Aku Penulis: Hasreeyati Ramli Penerbit: Karya Publika ISBN: 978-967-2394-04-4 Sinopsis “Malam tadi Mil ada dengan perempuan tu ke?” satu soalan yang pastinya akan mengubah segala-galanya. Langsung Mia Aira tidak memandang ke arah Mil Affandy. Cuma pandangannya di hala ke arah hadapan sahaja dan bukan pada lelaki itu. Mil Affandy terkedu. Tanpa sebarang jawapan pun, Mia Aira sudah dapat menelah. Semakin luluh hatinya yang sudah sedia hancur berderai itu. Mia Aira tidak menangis. Jauh sekali memujuk rayu. Perlahan dia meraba cincin di jari manis tangan kirinya. Dipulas-pulas seketika untuk melonggarkannya. Kali ini dia menoleh ke arah lelaki itu. Yang kelihatannya agak cemas dengan perlakuannya. “Mia, apa ni?” lelaki itu sudah mula gelisah. Dahinya berkerut-kerut. Apa lagi tindakan yang akan diambil oleh tunangnya itu? Dia tidak mahu meneka. Mia Aira tidak mahu banyak bicara. Baginya semua sudah terbukti. Selama ini dia hanya mendengar sahaja tapi tanpa bukti yang nyata. Cuma kali ini TUHAN Yang Maha Kaya mahu memberi petunjuk kepadanya. Dan dia bersyukur sangat-sangat. “Nah. You ambil balik cincin ini. Antara kita, cukup setakat ini sahaja,” bukan semudah itu mahu menuturkannya namun itulah yang baru sahaja diluahkannya. Dengan ayat terakhir itu, Mia Aira menarik tangan kanan Mil Affandy dan membuka telapak tangan kanan lelaki itu. Bagaikan diruntun dengan tali, Mil Affandy tidak membantah apa-apa. Hanya menuruti sahaja. Cincin belah rotan itu diletakkan di atas telapak tangan kanannya. Mata mereka bertentangan seketika. Mil Affandy terkedu. Putus kata-kata.
KARYA PUBLIKA
2019-08-01
978-967-2394-04-4
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
580
4 x 15 x 21 CM
30
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.