MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA DAN ALAM MELAYU: PERUBAHAN DAN KESINAMBUNGAN by MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN ( Editor )
, Abu Hanifah Haris ( Editor )
, NORAZLAN HADI YAACOB ( Editor )
Buku Masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu merupakan satu koleksi artikel dengan pelbagai tema yang dihasilkan melalui kajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang membincangkan tentang proses perubahan yang berlaku dan kesinambungannya dalam masyarakat tersebut dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-21. Selain membincangkan pelbagai tema yang berkaitan dengan perkembangan sejarah yang mempunyai kaitan dengan perkembangan masyarakat Islam di Malaysia, perbincangan juga diperluaskan kepada beberapa tema sejarah yang berkaitan dengan masyarakat Islam di Patani (Selatan Thai) dan Hindia Timur Belanda (Indonesia). Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, merangkumi perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan, agama, sosial dan politik dipengaruhi oleh unsur-unsur yang datang dari luar dan dinamik yang berlaku di dalam masyarakat tersebut. Penjajah British di Tanah Melayu dan penjajah Belanda di Indonesia memainkan peranan penting dalam mencorakkan perjalanan sejarah masyarakat tersebut di rantau ini dan turut berperanan menimbulkan tindak balas bagi membolehkan Islam dan masyarakatnya terus relevan dalam menghadapi rempuhan pengaruh dari Barat. Proses perubahan dan kesinambungan yang berlaku juga turut melibatkan idea pembangunan dan tema ini dibincangkan dalam beberapa artikel bagi melengkapkan perbincangan berkaitan dengan masyarakat Islam di Malaysia dan Alam Melayu.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2022-05-11
978-967-488-212-9
Islamic and Al-Quran
Islam / General
Hardcopy
1 KG
476
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.