Mengurus Risiko Gaya Usahawan Berjaya by Zulnaidi Yaacob ( Author )
Risiko adalah warna dunia keusahawanan, risiko juga hadir dalam segenap inci kehidupan manusia. Buku ini mengulas pelbagai risiko perniagaan kecil dan sederhana serta kerangka untuk menguruskan risiko secara sistematik. Gambaran dunia perniagaan yang berisiko bukan bertujuan menukilkan dunia perniagaan sebagai dunia yang penuh liku dan kepayahan. Sebaliknya, risiko menjadikan dunia perniagaan lebih menarik dan mencabar. Hanya mereka yang berjiwa kental sanggup mengharungi setiap risiko tersebut. Hal seperti ini tidak eksklusif kepada dunia perniagaan kerana risiko wujud dalam hampir semua kehidupan manusia. Buku ini menjadi bertambah menarik kerana mengadunkan ilmu pengurusan risiko perniagaan dengan perspektif kehidupan yang lebih luas kerana pada setiap masa dan tempat, hidup tidak pernah tidak berisiko. Ringkasnya, buku pengurusan risiko ini layak berada dalam senarai bacaan anda, sama ada anda seorang usahawan atau tidak.
Penerbit USM
2023-11-06
9789674611620
Business & Money
eBook
epub
File Size 1,984.33 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.