ASAS TEOLOGI DAN FALSAFAH POLITIK MUSLIM by Makmor Tumin ( Editor )
Globalisasi dan faedah daripada perkembangan teknologi maklumat telah digunakan oleh pelbagai pihak bagi mengembangkan dan mengukuhkan pegangan agama dan ideologi politik masing-masing. Dalam situasi seumpama inilah pelbagai karya yang ditulis oleh ahli-ahli falsafah politik Islam banyak diketengahkan ke persada antarabangsa. Sungguhpun begitu, rata-rata tulisan yang ada hanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, dan ia tentunya menyukarkan kumpulan yang hanya mahir satu bahasa sahaja seperti bahasa Melayu, bahasa yang setidaktidaknya masih menjadi lingua franca di Nusantara. Buku ini mengangkat idea-idea falsafah politik Islam dari sudut pandangan beberapa tokoh cendekiawan Muslim yang merangkumi cendekiawan dari pelbagai aliran, kebanyakannya dari Ahli Sunnah wal Jamaah dan beberapa dari aliran Syiah. Seramai 12 cendekiawan Islam diulas buah fikiran mereka masing-masing, bukan sahaja dari segi akidah dan teologinya, bahkan yang lebih khusus berkaitan dimensi politik atau siyasahnya. Dua belas tokoh yang dimaksudkan ialah al-Farabi, Ibnu Sina, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Rusyd, al-Tusi, Ibnu Taymiyyah, Ibnu Khaldun, al-Majlisi, Shah Waliullah, al-Tunisi dan al-Fathani. Selain daripada pertimbangan aliran akidah dan politik tokoh-tokoh cendekiawan yang dihuraikan dalam buku ini, pertimbangan dari segi lingkungan kuasa pemerintahan (yang mana tokoh-tokoh berkenaan, sama ada secara langsung atau tidak, mendapat naungan politik) juga diambil kira dalam buku ini. Lingkungan kuasa politik yang dimaksudkan di sini termasuklah semasa pemerintahan Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah, Dinasti Safavid, Dinasti Mughal serta kuasa pemerintahan Kesultanan Melayu di Nusantara. Diharapkan buku ini dapat menambah khazanah penulisan dalam bahasa Melayu yang cuba memudahkan huraian tentang isu-isu abstrak kepada pembacanya seperti persoalan akidah dan falsafah Islam, khususnya akidah dan falsafah politik tokoh-tokoh Islam.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2019-09-19
9789674881184
Islamic and Al-Quran Politics & Social Sciences
Islam / General Social Science / Politics & Government
Hardcopy
1 KG
194
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.