Kenegaraan Malaysia (UUM) by Zulhilmi Paidi ( Author )
, Rohani Hj. Ab Ghani ( Author )
, Nor Azlah Sham Rambely ( Author )
, Haslinda Hasan ( Author )
, Rashidah Mamat ( Author )
, Jazliza Jamaludin ( Author )
, Mohamed Ali Haniffa ( Author )
, Salmah Omar ( Author )
, Mohan a/l Rathakrishnan ( Author )
Buku ini memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pembinaan negara dan bangsa, perkembangan politik, kemasyarakatan, pemerintahan, undang-undang, pentadbiran dan hubungan luar Malaysia. Perbincangan yang diutarakan dibentuk khusus dalam usaha untuk memberikan pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar khasnya dan pembaca amnya mengenai perkembangan negara kita. Sebagai generasi lepas merdeka, sebilangan besar pelajar kini kurang memahami bagaimanakah situasi sedia ada di Malaysia hari ini terbentuk. Mereka juga kurang menyedari apakah pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pemimpin yang terdahulu dalam menyediakan tempat yang cukup selesa bagi generasi Malaysia hari ini. Pemahaman terhadap perkara tersebut sangat penting dalam melahirkan dan memupuk rakyat yang mampu bertoleransi, sanggup berkorban dan bersyukur dengan apa yang diperoleh. Hal ini dibincangkan dengan baik dalam artikelartikel yang terdapat dalam buku ini. Buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat pembaca, sama ada mahasiswa, para pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia khusus bagi mata pelajaran Pengajian Am, kakitangan awam yang akan menduduki Peperiksaan Am Kerajaan dan kepada sesiapa sahaja yang berminat mengenai sejarah dan perkembangan negara dan bangsa Malaysia.
UUM Press
2018-03-11
9789672064633
History Education & Teaching
eBook
pdf
File Size 3,149.59 KB
Bahasa Melayu
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.