Realiti Seindah Mimpi by Lynn Safiya ( Author )
BLURB: Bukanlah mudah menyimpan suatu rahsia kerana tanggungjawab itu merupakan suatu amanah. Namun demi suatu janji, Riana memilih untuk mengunci mulut walaupun hubungannya dengan sahabatnya, Norman telah lama retak seribu. Datanglah apa pun tuduhan, cercaan atau fitnah, Riana tetap tidak akan berkata apa-apa. Dan apabila Norman ditimpa malang, Riana muncul kembali untuk menghulurkan sokongan. Namun kehadirannya tidak disenangi oleh abang Norman, Aryan. “What the hell are you doing here? Awak dah buang dia. Awak yang kata awak dah tak nak tengok muka dia lagi. Jadi apa yang awak buat kat sini?” ~ Aryan “I don’t take orders from you. Man tu bukannya budak kecik. Dia dah dewasa... Jadi, encik tak payah nak berlagak macam penjaga dia dan encik takde hak nak larang saya macam-macam.” ~ Riana Malang yang menimpa nasib Norman membuka semula hati Riana untuk menerima temannya itu dan memaafkan kesalahannya. Kembalinya terjalin hubungan antara Riana dengan Norman membuat Aryan tak senang duduk. Dan ketika terungkainya segala kebenaran, semakin sukar untuk Aryan menjauhkan diri daripada Riana. “I owe you an apology! Kalau awak nak lepaskan apa yang awak nak luahkan kat hati awak, saya faham.” ~ Aryan “Do you know how much you mean to me, Riana?” ~ Aryan Rasa yang kian berputik di hati Riana untuk Aryan tidak mampu dilenyapkan. Hubungan yang baru memekar antara mereka diuji apabila Riana tegar tidak mahu berkongsi rahsia Norman walaupun dengan Aryan. Maka wujudlah sempadan yang seakan memisahkan mereka. Yang harum serta mekar sebelum ini, berubah menjadi dingin dan kaku. Di sebelah kanan suaminya manakala di sebelah kiri sahabatnya. Riana benar-benar tersepit. “Demi janji yang pernah saya buat pada Man, saya tak boleh nak cakap apa-apa pada abang.” ~ Riana Mampukah Aryan menghormati pendirian Riana yang terlalu berahsia itu? Atau adakah rahsia tu bakal menjarakkan lagi hubungan mereka? Mampukah Aryan menerima hakikat seandainya rahsia yang tersimpan kemas itu terbongkar nanti?
Love Novel Publishing
2024-05-15
978-629-7553-27-6
Literature & Fiction Romance
Hardcopy
1 KG
512
19 x 12 x 4 CM
10
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.