Ekonometrik Asas: Panduan Penggunaan SAS (UUM PRESS) by Fuad Mohamed Berawi ( Author )
Buku ini secara keseluruhan memperincikan sejarah awal kewujudan ekonometrik sebagai satu ilmu yang menggabungkan teori ekonomi, teknik matematik dan ujian statistik untuk menganalisis fenomena ekonomi secara kuantitatif dengan menggunakan model ekonometrik. Model ekonometrik yang dibentuk berdasarkan kaedah yang boleh diukur, diuji dan disahkan secara kuantitatif untuk dianalisis bagi merancang sesuatu dasar ekonomi dan membuat peramalan (pengunjuran) seterusnya diaplikasi ke dunia sebenar. Semua teknik penganggaran diperjelas satu persatu daripada permulaan pembentukan model ekonometrik, diikuti kaedah-kaedah penganggaran, seterusnya pengujian sama ada sesuatu model itu boleh diterima atau ditolak. Sekiranya sesuatu model gagal melepasi ujian, kaedah mengatasi masalah juga ditunjukkan dengan langkah-langkah terperinci yang mudah diikuti. Akhir sekali setelah semua model diuji dan dibaiki daripada masalah dan kelemahan yang mungkin ada, hasil analisis akan digunakan untuk membantu pembuat dasar membuat keputusan dalam pembangunan dan perancangan ekonomi.
UUM Press
2016-01-01
9789670876320
Business & Money
Hardcopy
1 KG
338
30 x 3 x 30 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.