Undang-Undang Islam Malaysia dan Indonesia: Kesatuan dalam Kepelbagaian by Ahmad Hidayat Buang & Siti Zubaidah Ismail ( Editor )
Undang-Undang Islam mempunyai kedudukan yang amat signifikan di bawah sistem perundangan nasional di Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua negara serumpun ini mempunyai banyak persamaan dan perbezaan dalam konteks pengkanunan dan pelaksanaan undang-undang Islam. Persamaan ini membolehkan kedua-dua negara saling merujuk, mencontohi dan mendukung antara satu sama lain. Dengan kata lain, para akademia dan pengkaji kedua-dua negara sentiasa ternanti-nanti karya terkini yang mengandungi input ilmiah mengenai perkembangan semasa pelaksanaan undang-undang substantif, amalan, isu serta cabaran yang dihadapi di kedua-dua negara. Persamaan dan perbezaan inilah yang cuba diraikan oleh buku ini yang berusaha menyatukan pelbagai topik berkisar undang-undang Islam tentang harta, wakaf, halal, ekonomi, pelancongan dan jenayah. Buku ini sesuai dibaca oleh mahasiswa, pengkaji, pengamal undang-undang ahli akademik serta orang awam di Malaysia dan Indonesia. Ahmad Hidayat Buang telah berkhidmat sejak 1987 di Universiti Malaya. Kini merupakan Profesor Kehormat di Jabatan Syariah dan Undang-Undang Akademi Pengajian Islam sejak 2023. Siti Zubaidah Ismail adalah Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Felo Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak 2023.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2024-07-24
978-967-488-335-5
Islamic and Al-Quran Law Politics & Social Sciences
Islamic Islam / General Social Science / Politics & Government
Hardcopy
1 KG
362
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.