Menulis Sitcom: Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu (UUM PRESS) by Hatta Azad Khan ( Author )
Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu adalah sejarah dalam dunia penyiaran di Malaysia. Sitcom ini menjadi program televisyen yang bertahan paling lama, bermula tahun 1985 dan berterusan selama hampir 18 tahun. Inilah sejarah yang tercipta oleh dua orang karyawan – Hatta Azad Khan dan Othman Hafsham. Buku Menulis Sitcom – Mencontohi Pi Mai Pi Mai Tang Tu ini ditulis khusus bagi memberikan serba sedikit gambaran bagaimana idea bagi sebuah drama komedi yang asalnya dipentaskan sebagai sebuah produksi teater, boleh dikembangkan menjadi siri televisyen yang diminati ramai. Buku ini turut dilengkapi contoh skrip serta contoh bagaimana menyediakan kertas proposal untuk dihantar kepada penerbit atau stesen televisyen. Kaedah menulis sitcom dimulai dengan mengenali sejarah luar dan dalam negara, mengkaji kelainan sitcom berbanding genre lain, mengenali struktur dan elemen, mencipta watak dan seterusnya memilih tajuk yang sesuai. Buku ini boleh dijadikan panduan yang sangat sesuai dan berguna oleh tenaga pengajar serta pelajar yang mengambil jurusan penulisan skrip di pusat pengajian tinggi atau sesiapa saja yang mempunyai minat dalam penulisan skrip dan mahu mencuba menulis sitcom. Pembaca boleh menjadikan dua buah naskhah daripada Siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu - Episod Hangus (Bahagian I dan II) dan Episod Kumbang (Bahagian I dan II) sebagai contoh yang boleh diikuti. HATTA AZAD KHAN (lahir 1952) belajar teater (pengarahan dan sinografi) di Amerika Syarikat dan pengajian filem di Australia. Beliau ialah profesor bidang teater, filem dan pengurusan seni di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia. Hatta menulis dan mengarah drama serta musikal pentas selain menulis skrip filem (cereka dan documentari) dan sitcom televisyen. Beliau adalah pencipta, penulis dan pengarah Sitcom Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang bertahan selama 18 tahun di TV3 Malaysia. Filem cereka pertama beliau Mat Som (daripada buku komik karya Lat) memenangi Anugerah Lakonlayar Terbaik (Festival Filem Malaysia 1992) dan mewakili Malaysia ke Festival Filem Antarabangsa di Tokyo, Fukuoka, Hawaii, Banglore, Taipei dan Jakarta. Wayang ialah filem cereka keduanya daripada lakon layar tulisannya sendiri dan turut mewakili Malaysia ke Festival Filem Antarabangsa di Pune, Goa, Manila serta turut ditayangkan dalam seminar di Korea, China dan Indonesia. Karya teater terbaru beliau adalah Muzikal K.L dan Muzikal Kampong Baru dan kumpulan mono dan mini drama bertajuk OTG. Beliau adalah penerima Sea Write Award (Thailand) dan Anugerah Akademik Negara (Seni Kreatif) 2008.
UUM Press
2018-01-01
789672210207
Education & Teaching Religion & Spirituality
Hardcopy
1 KG
148
30 x 2 x 30 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.