RAHSIA DIET MALAYSIA by TEE E SIONG ( Author )
Hakikat sebenar Dalam buku ini, Dr Tee E Siong, pakar pemakanan terkemuka Malaysia akan mendedahkan hakikat yang nyata tentang budaya makan rakyat Malaysia. Beliau akan berkongsi pengetahuannya tentang hidangan yang kita makan semasa sarapan, makan tengah hari, makan malam, snek dan lewat malam. Realiti yang mengerikan Penulis akan mendedahkan kesan ngeri amalan makan yang tidak sihat. Beliau akan menyakinkan anda bahawa diet tidak sihat adalah penyebab utama penyakit-penyakit kronik seperti obesiti, penyakit jantung, diabetes dan kanser. Dan terdapat satu cara sahaja untuk mencegah penyakit-penyakit tersebut - amalkan makan secara sihat dan kehidupan yang aktif. Rahsia makan secara sihat Beliau akan mendedahkan rahsia mengenai diet Malaysia yang sihat, dan berkongsi prinsip-prinsip asas makan secara sihat serta membimbing anda cara menerapkan pemakanan sihat dalam kehidupan harian. Bacalah buku ini. Anda akan mendapati bahawa kita boleh mengamalkan budaya makan dengan cara yang lebih sihat sambil menikmati keenakan makanan Malaysia. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dr Tee E Siong telah memperjuangkan amalan makan secara sihat dan kehidupan yang aktif selama tiga dekad, terutamanya menerusi Persatuan Pemakanan Malaysia. Beliau adalah Presidennya sejak 19 tahun yang lalu. Selaku Presiden, beliau telah menerajui pelaksanaan pelbagai program promosi pemakanan masyarakat. Beliau merupakan pengarang utama pelbagai buku kecil dan rencana akhbar yang mendidik masyarakat tentang pemakanan sihat. Dr Tee merupakan Profesor Adjung di Jabatan Biosains, Universiti Taylor. Beliau merupakan perunding pemakanan TES Nutrihealth Strategic Consultancy. Beliau juga menyertai aktiviti-aktiviti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Dr Tee juga adalah Pengarah Saintifik Institut Sains Hayat Antarabangsa (International Life Sciences Institute, ILSI) bagi rantau Asia Tenggara. Dr Tee merupakan Ketua Pusat Penyelidikan Kardiovaskular, Diabetes dan Pemakanan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sehingga persaraan beliau pada Februari 2002, selepas berkhidmat selama 30 tahun.
UNIVERSITI MALAYA PRESS
2016-08-08
978-983-100-846-1
Health, Fitness & Dieting
Health & Healing / General Diet & Nutrition / Diets
Hardcopy
1 KG
171
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
English
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.