Kehidupan Seterusnya: Sejarah Lisan 13 Mei | Gerakbudaya by
Dengan "13 Mei 1969” terus wujud sebagai salah satu detik peralihan kuasa dan perubahan politik yang paling ikonik di Malaysia, ia wajar diceritakan berkali-kali melalui pelbagai sudut oleh ramai pembicara lainnya. Bagaimanakah mereka yang bersinggungan dengan pengalaman pahit itu, yang kehilangan rakan, jiran dan ahli keluarga dapat meneruskan kehidupan selepas kejadian ganas itu? Saatnya pencerita di dalam buku ini mengisahkan pengalaman yang ada, mereka sekaligus terpaksa menimbang dan menilai sejarah negara, dari bawah. Oleh itu, buku ini merupakan sebuah bacaan yang menggugah bagi membina asas perdamaian dan secara peribadi, menamatkan sebuah memori nasional yang menyakitkan. Maznah Mohamad Profesor Madya Jabatan Pengajian Melayu Universiti Kebangsaan Singapura (National University of Singapore) "Jangan ulangi lagi!” "Ia terlalu menyakitkan!” "Mereka turut menetak perempuan itu sehingga mati dan mencampak tubuhnya ke dalam rumah!” Ini adalah sebahagian daripada sentimen yang menyayat hati, dan naratif cukup menyeramkan terkandung di dalam buku ini…ia adalah sebuah himpunan ingatan orang biasa yang melalui dan terselamat daripada kejadian keganasan yang tidak dapat kita bayangkan dek kerana rusuhan kaum 13 Mei di Malaysia. Ia wajib dibaca, terutamanya oleh para pelajar dan sarjana yang meneliti politik identiti dan keganasan komunal, dan secara amnya, oleh semua yang menghargai nilai sejarah lisan dan kajian ingatan. Sharifah Munirah Alatas, PhD Penyelidik Kanan (Senior Researcher) Pusat Tadbir Urus Allianz (Allianz Centre for Governance, ACFG) Universiti Malaya
Gerakbudaya
2025-04-22
9789670076591
History Politics & Social Sciences Biographies & Memoirs
Hardcopy
2 KG
289
2 x 14 x 20 CM
10
5 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.