Kaunseling Koreksional (UUM PRESS) by Yahaya Mahamood ( Author )
, Jamaludin Mustaffa ( Author )
, Noor Azniza Ishak ( Author )
, Siti Rozaina Kamsani ( Author )
, Fuziah Shaffie ( Author )
, Md Zawawi Abu Bakar ( Author )
, Wan Abdul Rahman Khudri ( Author )
, Saralah Devi a/p Mariamdaran ( Author )
, Norruzeyati Che Mohd Nasir ( Author )
, Azemi Shaari ( Author )
, Kamal Abd Hamid ( Author )
Secara idealnya, teks ini ditulis untuk pelajar sistem keadilan jenayah pada peringkat pra dan pascasiswazah. Kebanyakan teks keadilan jenayah tentang kaunseling koreksional atau rawatan pesalah membekalkan gambaran menyeluruh yang ringkas mengenai proses rawatan, tanpa memberi maklumat kepada pelajar keadilan jenayah tentang cara melaksanakan proses rawatan secara khusus. Kami percaya tindakan itu tidak akan dapat membekalkan pelajar keadilan jenayah gambaran yang sempurna tentang proses rawatan. Oleh sebab kursus rawatan koreksional kian popular dalam lingkungan disiplin keadilan jenayah, kami percaya para pelajar akan memerlukan maklumat yang lebih dan bukan sekadar pengenalan kepada proses rawatan. Mereka perlukan lebih pendedahan kepada peralatan-peralatan rawatan yang bersesuaian jika ingin terlibat dalam perkhidmatan klinikal. Di samping itu, teks ini boleh digunakan dengan mudah oleh disiplin lain seperti kaunseling dan kerja sosial bagi kursus yang dihalakan ke arah kaunseling dan rawatan pesalah. Pertama, bahanbahan tentang proses kaunseling itu sendiri boleh membekalkan bahan peneguhan yang baik bagi pelajar kerana teks ini mencakupi asas-asas proses kaunseling sepanjang tahanan mereka, bermula daripada penangkapan/penahanan sehinggalah mereka dibebaskan. Kedua, teks ini menyediakan pelajar dengan maklumat yang khusus bagi pesalah-pesalah tertentu di samping rawatan yang umum untuk populasi pesalah lain. Setakat ini belum ada lagi teks kaunseling yang tersebar luas dalam pasaran yang membekalkan maklumat rawatan kaunseling secara terperinci mengikut jenis-jenis pesalah. Oleh sebab itu, dengan kemasukan teks ini kepakaran kaunselor yang sedang meningkat bagi bidang kaunseling koreksional dapat diperkasakan oleh maklumat dan sumber-sumber yang kurang diberi perhatian oleh kebanyakan program kaunseling.
UUM Press
2023-01-01
9789670031590
Education & Teaching Self-Help
Hardcopy
1 KG
453
30 x 3 x 30 CM
5
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.