PENTADBIRAN SOSIAL PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SOSIAL DI MALAYSIA by Haris Abd Wahab et al. ( Author )
Buku ini diketengahkan sebagai memenuhi perbahasan dalam bidang Pentadbiran Sosial dan buat julung kalinya ditulis di dalam Bahasa Melayu. Tujuan utama penulisan buku ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar jurusan pentadbiran sosial dan kerja sosial serta pekerja sosial di Malaysia tentang konsep pentadbiran sosial dan pengurusan penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat. Walaupun bidang pentadbiran sosial dan kerja sosial sudah lama bertapak di Malaysia, namun perkembangan dan pembangunannya kurang diberi perhatian. Oleh itu, penulisan buku ini diharapkan dapat menyerlahkan lagi perkembangan pendidikan dan praktis pentadbiran sosial dan kerja sosial di Malaysia seperti yang diharapkan oleh tenaga pengajar dan pengamal dalam bidang tersebut. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Di bahagian awal, perbincangan menyoroti penjelasan tentang konsep Pentadbiran Sosial sebagai salah satu strategi utama dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosial masyarakat melalui pengubahan dasar sosial kepada perkhidmatan sosial. Bahagian seterusnya pula menjelaskan secara terperinci tentang penyampaian perkhidmatan sosial juga cadangan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diperlukan masyarakat terutamanya golongan rentan yang perlu diberikan perlindungan serta perhatian seperti kanak-kanak, orang kurang upaya, bekas banduan dan banyak lagi.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2021-04-01
9789674881764
Politics & Social Sciences
Social Work Social Science / Politics & Government
Hardcopy
1 KG
524
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.