INTIFADAH AL-AQSA: KEBANGKITAN RAKYAT PALESTIN by Mohd Roslan Mohd Noor et al. ( Author )
Buku ini melihat kebangkitan besar di Palestin iaitu intifadah pada tahun 1987 dan 2000. Tumpuan diberikan pada Intifadah al-Aqsa, iaitu intifadah kedua pada tahun 2000 dan meneliti kesannya kepada proses damai Arab-Israel. Proses damai yang dirangka selepas Intifadah al-Aqsa masih berlanjutan sehingga kini. Perjanjian Oslo pula yang dirangka selepas intifadah pertama pada tahun 1987 terhenti dengan kebangkitan Intifadah al-Aqsa. Intifadah memberi kesan yang besar terhadap proses damai di Palestin dengan isu-isu utama yang menjadi perbalahan sejak sekian lama seperti penempatan Yahudi, hak untuk kembali, sempadan wilayah dan juga status Jerusalem. Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat Islam kerana kiblat pertama adalah Masjid al-Aqsa. Rakyat Palestin sudah lama menentang Israel khususnya selepas penubuhannya pada tahun 1948. Penentangan terhadap Israel turut melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria. Konflik yang berlanjutan ini membawa kepada perbincangan dan pelan damai yang diusahakan oleh pelbagai pihak bagi mencapai keamanan di Palestin.
PENERBIT UNIVERSITI MALAYA
2018-08-18
978-967-488-023-1
Politics & Social Sciences
Social Science / General Social Topics / Civil & Human Rights
Hardcopy
1 KG
124
13 x 3 x 23 CM
20
3 days
Bahasa Melayu
Quantity:
Share  |
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.