MEMBONGKAR MISTERI SIHIR,SANTAU & SAKA DALAM DUNIA MELAYU | HR Publishing
by
SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM
( Author )
AMALAN sihir, santau dan saka telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Sebahagian daripada amalan tersebut merupakan juzuk daripada ilmu sihir atau ilmu hitam yang pada asasnya dipelajari khusus untuk kepentingan diri dan keluarga. Namun begitu, amalan sihir, santau dan saka sudah berubah fungsinya disebabkan berlaku perubahan dalam realiti keilmuan, suasana dan cara pemikiran. Keadaan yang berlaku pada masa ini, ilmu sihir, santau dan saka yang dipelajari untuk. merosakkan kehidupan dan menganiayai lain. Meskipun, amalan tersebut sudah berkurangan disebabkan kesedaran agama, namun mash lagi wujud dalam masyarakat Melayu. Secara umumnya, amalan sihir, santau dan saka telah diwarisi dan diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Amalan ini dikaitkan dengan warisan kepercayaan orang Mclayu dalam hubungannya dengan alam ghaib meliputi alam jin dan syaitan. Fenomena sihir, santau dan saka ini bukan sahaja diwarisi, malah amalannya dilakukan olch segelintir pihak tertentu dengan pelbagai tujuan melalui bomoh, pawang, dukun dan mereka yang arif mengenainya. Sihir, santau dan saka dilakukan dengan tujuan untuk memudaratkan mangsa atas pelbagai motif seperti dendam, khianat dan cemburu. Fenomena santaumenyantau dalam masyarakat ini, turut mendapat perhatian dan liputan media massa. Dalam media baharu seperti Youtube, blog rawatan Islam dan rawatan tradisional, fenomena sihir, santau dan saka ini turut menjadi perbahasan dan mendapat liputan yang cukup meluas. Melalui kajian dan penelitian terhadap laman web pusat rawatan Islam, hampir kesemuanya menawarkan rawatan dan penyembuhan untuk penyakit sihir, santau dan saka ini. Dengan bertambahnya bilangan pusat rawatan scumpama ini dibina menandakan betapa ramai yang memerlukan rawatan untuk penyakit disebabkan oleh sihir, santau dan saka. Dalam konteks Dunia Melayu, ilmu sihir, santau dan saka juga wujud dan kefahaman mengenai ilmu hitam dengan definisi yang dikemukakan olch para pengkaji juga tidak ada bezanya. Di Dunia Melayu, masyarakat Melayu percaya bahawa sihir, santau dan saka tidak bolch berlaku kecuali dengan adanya penglibatan jin dan syaitan. Sihir, santau dan saka merupakan tipu helah jin dan syaitan untuk menyesatkan manusia. Perkara ini seiring dengan agama dan dijelaskan dalam Al-Quran bahawa iblis telah bersumpah kepada Allah SWT untuk menyesatkan mereka yang ada di muka bumi (surah Al-A'raf: 16, surah Al-Hijr: 39).