Antologi Puisi Gedung Ilmu Gadang by Mohammad Puad bin Bebit ( Author )
, Salmie Jemon ( Author )
, Intan Soliha Ibrahim ( Author )
Mencari ilmu kerana yang SATU pasti terbuka semua pintu. llmu penentu kejayaan di dunia dan akhirat. Martabat ilmu dipandang tinggi di sisi masyarakat dan memberi kesedaran penting ilmu memastikan kesempurnaan setiap ibadat. Surah al Alaq ayat 3-5 menerangkan, “Bacalah bahawa Tuhanmu amat pemurah yang mengajar kamu dengan (ilmu) kalam dan Tuhanmu mengajar kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”. Usaha menerbitkan buku ini merupakan program pengisian sempena 25 tahun penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Universiti ini ibarat sebuah takung ilmu gadang pelbagai bidang yang menjadi penawar kepada musafir yang dahagakan ilmu dunia dan akhirat. Buku ini memuatkan 56 buah puisi hasil nukilan 47 orang penyair Malaysia dan Indonesia. Antologi puisi ini memberi impak yang bermakna dengan melibatkan penyair dari dua buah negara yang menterjemahkan makna keilmuan, keimanan, kasih sayang dan kemanusiaan. Penyair menyampaikan perutusan dan anjakan paradigma tentang memartabatkan ilmu supaya pembaca dapat menimba dari gugusan makna yang bermanfaat. Penyair meluahkan rasa dengan mengenali ruang, mengenali bahan dan mengenali Tuhan yang ditafsirkan melalui karya puisi. Pembaca generasi baharu dapat menghadamkan pemikiran dalam karya yang menyentuh tentang keilmuan agar diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Penerbit UMS
2023-05-10
9789672962496
Literature & Fiction
pdf
File Size 17,185.48 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search