HADIRNYA MENZAHIRKAN SETIA by CICI AIDA ( Author )
Aku tak pernah menganggap diriku sempurna. Namun untuk menjadi seorang isteri yang baik, akan sentiasa mengingatkankan aku pada sebuah tanggungjawab. “Beras dengan susu dah habis.” - NURIN SYAKILA- Ini yang sentiasa aku tanggung 4 bulan lalu bila Farid sudah pandai mengelak beri nafkah. Teguran halusku bertukar makian. Aku masih bersabar. Raid ku jaga sebaiknya. Walaupun terpaksa kerap mengambil cuti. “Otak saya ni tak habis-habis berfikir dari tadi. Kenapa Syakila selalu bawa bekal nasi dengan telur goreng? Dah berapa lama dia makan macam tu?” -MALEQ ALTAFF- Barangkali aku dikatakan bodoh kerana menyimpan masalah sendiri. Sakitnya yang terpaksa aku tanggung, bila Farid meminta untuk berkahwin lagi. “Diamlah! Dia skandal ke, perempuan simpanan ke itu hak abang. Abang layak kahwin satu lagi.” -NAQIL FARID- Yang menyokongnya pula bapa mentua aku sendiri. “Apa salahnya kamu kahwin dua. Muda lagi. Lagipun lelaki boleh kahwin empatlah.” Malah ibu mentuaku seronok mahu bermenantukan orang kaya. “Memang patutlah Farid kahwin lain sebab kau tak pandai jaga air muka dia sebagai suami. Bikin malu keturunan aku betul.” Kesabaran ku sudah tipis. Tiada lagi makna sabar. Tiada lagi kata maaf. Cukup sudah kesakitan yang diberikan. Biarkan kisah pahit itu terkubur sebagai kenangan. Aku perlu melangkah ke depan tanpa menoleh kembali. “Dah lama saya berharap supaya pintu hati awak terbuka menerima saya. Sudikah awak terima jadi isteri saya?” -MALEQ ALTAFF Bukan kerana cinta aku menerima lelaki sepertinya. Tapi kejujuran dan kematangan dia membuatkan aku terbuka hati demi seorang anak. “Seratus ribu. Adil dan satu malam lagi dengan aku. Last….” -NAQIL FARID- “Aku tak kan ikut lagi kemahuan kau, bangsat. Jangan minta peluru ni tembus dalam kepala kau. Buat apa yang aku suruh.” -MALEQ ALTAFF- Tanpa ku sangka, rupanya ini angkara perjanjian dua lelaki. Sehinggalah Farid yang dulunya megah dengan ugutan dan wang ringgit, kini tewas dengan kebodohannya sendiri. “Orang macam Maleq tu sepatutnya dah lama meringkuk dalam penjara. Dia perosak maruah perempuan dan pembunuh. Dia tak layak untuk jaga Sya.” Dendam? Perempuan simpanan? Mungkin pada pandangan orang, aku kejam. “Awak memang lelaki keji. Manusia bertopengkan syaitan. Tergamak awak upah Farid untuk musnahkan hidup saya. Awak keji Maleq. Ceraikan aku Maleq!” -NURIN SYAKILA- Tak mungkin rasa sayang mampu ditukar ganti. Tapi aku masih punya perasaan untuk disayangi.
ILHAM SANTAI ENTERPRISE
2020-08-15
978-967-18032-3-3
Romance
pdf
File Size 1,839.24 KB
Bahasa Melayu
RM 18.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search