Covid-19 Ancaman Kesejahteraan Sejagat by Siti Marziah Zakaria ( Author )
, Fauziah Ibrahim ( Author )
, Wan Nurdiyana Wan Yusof ( Author )
Pandemik COVID-18 merupakan satu kejutan buat semua. Virus COVID-19 boleh membunuh manusia dengan kadar yang singkat. Kes kematian telah meningkat di seluruh dunia sepanjang tempoh pandemik. la telah menimbulkan rasa risau, takut, panik dan tertekan. Aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan dan perlancongan yang rancak sebelum ini terpaksa dihentikan atau dihadkan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Semasa tempoh ini, ramai yang telah diberhentikan kerja. diberikan cut atau dipotong gaji dan elaun kerana majikan tidak mampu lagi menanggung kerugian. Usahawan-usahawan juga terpaksa menutup premis mereka untuk mengelak penularan, terutamanya semasa PKP 10. Ini memberi kesan yang besar kepada status kesihatan mental dan kesejahteraan hidup rakyat. Statistik menunjukkan peningkatan kes kemurungan, keresahan dan tekanan sepanjang tempoh pandemik. Malah, kes bunuh diri juga telah dilaporkan meningkat secara mendadak kesan daripada krisis kewangan yang dihadapi. Kajian telah banyak dilakukan di seluruh dunia bagi menganalisa impak pandemik kepada kesejahteraan manusia. Realitinya, la telah memberi ancaman kepada pelbagai aspek kehidupan termasuklah perkahwinan, kekeluargaan, keselamatan, kesihatan, dan pembelajaran. Buku ini akan merungkai Impak- impak tersebut daripada perspektif psikologi dan kerja sosial. la ditulis berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang lepas dan laporan yang dikemukakan oleh pelbagai agensi.
Penerbit UKM
2023-03-16
978-967-251-973-7
Reference
epub
File Size 1,118.22 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search