Amalan Beragama Menurut Islam Dan Perundangan Malaysia by Nurul Faezah Md Ahair ( Author )
, Zukiza Mohd Kusrin ( Author )
Ajaran agama Islam menjamin hak beragama kepada umat Islam dan golongan bukan Islam. Begitu juga dengan perundangan Malaysia yang menjamin hak mempamerkan syiar agama dan mendirikan rumah ibadat kepada masyarakat majmuk serta membenarkan perbuatan mempamerkan syiar agama oleh golongan bulan Islam secara terbuka walaupun Islam melarang perbuatan sedemikian. Namun, wujud beberapa kes di mahkamah yang memaparkan tuntutan individu dan kumpulan agama yang mendakwa hak beragama mereka dicerobohi, kerana wujud sekatan-sekatan perundangan, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Fokus buku ini adalah konsep mempamerkan syiar agama dan mendirikan rumah ibadah menurut Islam dan perundangan di Malaysia. Beberapa kes telah dirujuk bagi menggambarkan tuntutan hak mengamalkan agama dan penyelesaian melalui keputusan mahkamah di Malaysia. Sehubungan itu buku ini menjadi bahan asas kepada semua pihak berkepentingan dalam memahami konsep mengamalkan ajaran agama dalam konteks Malaysia, bagi mengelakkan sentimen perkauman dan agama yang boleh menggugat keharmonian hubungan masyarakat pelbagai bangsa dan agama. Buku ini juga mencadangkan amalan terbaik yang boleh dijadikan panduan dalam hak mengamalkan hak beragama di Malaysia.
Penerbit UKM
2023-06-07
978-967-251-932-4
Islamic and Al-Quran
epub
File Size 1,093.48 KB
Bahasa Melayu
RM 35.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search