Kembali Merindu by Izma Qahiera ( Author )
“Sebulan? No. No. No! Mustahillah. Takkanlah baru sekali ‘cicah’ dah terus jadi?” ~ Firdaus “Jangan bercakap macam budak hingusan, Fir. Kau dah kahwin, kan? Takkanlah kau tak tahu hal ni?” ~ Ezra “Betul. Aku memang dah kahwin. Tapi orang rumah aku makan pil perancang. Sebab itulah kami lambat dapat anak masa mula-mula kahwin dulu. Bila dah betul-betul bersedia barulah dia berhenti makan pil tu. Aku ingatkan kau tahu hal ni. Kesian. Nama saja kerja di farmasi. Tapi hal-hal macam ni tak nak ambil tahu. Hehehe!” ~ Firdaus Ezra begitu bodoh kerana terlalu mempercayai Firdaus hinggakan sanggup menodai kejujuran insan lain yang menyayanginya seikhlas hati. “Aku nak jantan tak guna tu bertanggungjawab. Macam mana sekali pun aku takkan jadi kambing hitam.” “Tapi...” “Tak ada tapi-tapi. Aku bagi kau tempoh dua minggu selepas kita kahwin. Atau aku ceraikan kau di depan family kita. Full stop! Dah. Aku tak nak dengar apa-apa lagi.” ~Eizlan Tiada jalan keluar yang Ezra nampak ketika ini melainkan mengaku kekhilafan yang telah dia lakukan. Namun kejujurannya telah menyebabkan Ezra kehilangan insan yang telah melahirkan dia ke dunia ini. “Abah...” “Apa? Kau nak balik, kan? Boleh. Tapi balik sebagai anak dan menantu yang mendapat keredaan dan keampunan mentua dan suami. Abah malu kau tahu tak? Kau fikir abah bangga bila diberitahu kau dah mengandung? Tidak Ez. Abah malu sangat-sangat. Suara ceria dia orang tu menyiat-nyiat telinga abah ni, tahu tak? Ikutkan hati yang sakit ni nak sangat abah cerita perkara yang sebenar. Tapi abah takut kalau-kalau ada yang masuk hospital atau mati pula bila tahu hal ni. Yalah. Macam kes ibu kau dulu. Ingat lagi tak?” ~ Haji Bakar Eizlan masih menyisihkan Ezra walau sudah menjalinkan ikatan yang sah. Abahnya pula meletakkan syarat demi sebuah kemaafan atas dosa yang telah dilakukan suatu masa dahulu. Kandungannya yang semakin sarat membuatkan Ezra semakin gundah. Mampukah dia meraih kasih yang telah hilang dan mengembalikan semarak cinta mereka untuk KEMBALI MERINDU?
Penerbitan Anaasa Plt
2023-04-06
e ISBN 978-967-2787-20-4
Romance
epub
File Size 3,072.85 KB
Bahasa Melayu
RM 19.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search