Amalan Lindung Nilai dan Kepentingannya kepada Nilai Syarikat : Bukti dari Malaysia by Ruzita Abdul Rahim ( Author )
, Adilah A. Wahab ( Author )
, Tamat Sarmidi ( Author )
, Nafisah Mohammed ( Author )
Buku ini adalah sebahagian daripada tesis kedoktoran yang bertajuk "Peranan indikator risiko mata wang asing dan status patuh Shariah terhadap lindung nilai serta kesannya kepada prestasi syarikat bukan kewangan Malaysia". Penulisan buku ini merupakan satu inisiatif untuk memupuk perbincangan yang lebih mendalam mengenai amalan lindung nilai, khususnya derivatif mata wang asing (derivatif FX), hubungan lindung nilai FX dengan risiko FX dan impaknya terhadap nilai syarikat. Dengan menggunakan sampel syarikat Malaysia, keputusan kajian membuktikan syarikat tersenarai Malaysia yang menggunakan derivatif FX bukan sahaja dapat menguruskan risiko FX, malah dapat meningkatkan nilai syarikat. Selain itu, isu lindung nilai konvensional yang tidak selari dengan hukum Syara' juga dibincangkan. Sehingga 2018, 76 peratus daripada syarikat tersenarai Malaysia adalah patuh Shariah. Ini memberikan motivasi untuk membincangkan isu Shariah dalam pengamalan derivatif FX untuk syarikat Malaysia. Pada dasarnya, lindung nilai diperkenalkan sebagai salah satu strategi untuk mengurangkan risiko (gharar). Namun begitu, derivatif FX konvensional telah melanggar prinsip of-sorf (secara lani). Metodologi saringan versi semakan 2013 menggariskan keperluan ke atas syarikat patuh Shariah untuk mengehadkan perolehan atau keuntungan mereka daripada aktiviti perniagaan yang dilarang termasuk ribd kepada maksimum 5%. Namun, majoriti syarikat tersenarai di Malaysia mengamalkan lindung nilai konvensional. Keadaan ini memerlukan perhatian segera untuk menilai semula pematuhan mereka terhadap kriteria saringan syarikat patuh Shariah. Buku ini disyorkan untuk pelajar pasca siswazah, penyelidik, ahli ilmuan, dan ahli industri. la juga amat disyorkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan untuk pelajar yang mengambil kursus Kewangan Antarabangsa, Pasaran Kewangan dan Kewangan Islam.
Penerbit UKM
2023-01-17
978-967-251-841-9
Reference
epub
File Size 2,888.03 KB
Bahasa Melayu
RM 21.00
-
Share
Ratings & Reviews

0 readers reviewed

Rating score 0/5.0 (0 ratings)
5 star
0%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%

Other readers reviews

No reviews found.

Advanced Search